Ed Woodward Buat U-Turn, Tak Jadi Tinggalkan United Hujung Tahun Ini

Pemilik Manchester United, keluarga Glazer sedang berunding dengan Ed Woodward untuk mengekalkan figura kontroversi itu di dalam kelab.

Di mana mereka mahu Woodward berada terus dalam pentadbiran tertinggi Man United dan ditawarkan jawatan sebagai penasihat teknikal kelab.

Manchester United mengumumkan pada April bahawa Ed Woodward akan meninggalkan kelab itu pada penghujung tahun ini.

Pengumuman pemergiannya sejurus selepas kegagalan projek Liga Super Eropah. Di mana Woodward merupaka orang kuat yang memperjuangkan ESL.

Bantahan dilakukan peminat, buat pertama kalinya mereka menceroboh Old Trafford membuatkan aksi berdepan Liverpool ketika itu ditunda.

The Manchester Evening News melaporkan bahawa Woodward dijangka berundur pada penghujung musim ini. Berita itu sebelum ini disambut gembira peminat Man United.

Pengarah urusan United akan melepaskan jawatannya di Old Trafford pada penghujung tahun selepas 16 tahun bersama dengan kelab tersebut.

MANCHESTER, ENGLAND – SEPTEMBER 19: Ed Woodward, Executive Vice-Chairman of Manchester United looks on from the stands during the Premier League match between Manchester United and Crystal Palace at Old Trafford on September 19, 2020 in Manchester, England. (Photo by Richard Heathcote/Getty Images )

Kini Daily Mail melaporkan bahawa hierarki United sedang dalam perbincangan untuk mengekalkan Woodward sebagai penasihat.

Woodward dibenci peminat Man United kerana dianggap hanya boneka Glazer dalam usaha keluarga itu menjadikan Man United lubuk duit mereka.

Woodward merupakan seorang yang mampu memberikan keluarga Glazer beratus juta dollar setiap tahun. Kemudian menjadikan Man United lebih kepada entiti bisnes berbanding keutamaan kepada bola sepak.

Woodward juga dianggap kaki bodek. Dia hanya melakukan perkara yang disukai Glazer.

Naib pengerusi eksekutif Woodward telah dikritik hebat dan dipersalahkan atas kesulitan yang dihadapi United sejak Sir Alex Ferguson meninggalkan United pada 2013.

United berada dalam prestasi yang mengerikan yang menyaksikan mereka tewas di tempat sendiri dua kali kepada dua musuh ketat mereka dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Kekalahan 5-0 kepada Liverpool menyaksikan Solskjaer bergelut untuk menyelamatkan jawatannya.

Mujur Solskjaer ketika itu masih mendapat undi percaya daripada lembaga pengarah. United kemudiannya dikalahkan 2-0 di Old Trafford oleh Manchester City pada hujung minggu lalu.

The Guardian mendakwa naib pengerusi eksekutif Ed Woodward telah berada di pihak yang menyokong mengekalkan Solskjaer. Di mana menurut Neville, dia menyokong Ole hanya untuk kepentingan dirinya sendiri.

“Keadaan di United menjadi lebih rumit dengan Ed Woodward meninggalkan dalam beberapa minggu,” tulis Neville.

“Memberi Ole Gunnar Solskjaer kontrak 3 tahun beberapa bulan lalu. Dan dia tidak mahu tindakan terakhirnya adalah memecat seorang pengurus.”

United masih belum mengumumkan pengganti Woodward. Mereka telah mencari pengarah sukan selama lebih daripada dua tahun. Walaubagaimanapun, perkara itu itu agak ‘sejuk’ sejak kebelakangan ini.

Richard Arnold, yang merupakan sekutu Woodward, telah dikaitkan kuat dengan jawatan itu.

Arnold, 50, kini merupakan pengarah urusan kumpulan. Tetapi akauntan itu kelihatan paling baik untuk menggantikan Woodward sebagai orang paling kanan kepada kepada Glazers.

Woodward menjadi CEO bergaji paling tinggi

Timbalan pengerusi eksekutif, pasukan Manchester United, Ed Woodward masih lagi menjadi pengarah yang memiliki gaji tertinggi di arena bola sepak.

Beliau dilaporkan menerima bayaran sebesar £3.1 juta, pada tahun lalu. Angka itu kurang £1 juta daripada apa yang beliau dapat pada tahun sebelumnya.

Hal ini kerana Manchester United gagal untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah untuk kempen musim sebelum ini.

Namun beliau tetap setia bersama United meskipun hilang bonus yang banyak.

Mulia kan hati dia?

Sebenarnya ia masih lagi angka tertinggi di kalangan mereka yang berjawatan pengarah serta CEO di lapangan bola sepak. Dan ketika Man United berjaya ke UCL semula, Woodward sekali lagi menikmati gaji lumayan sebanyak £4.1 juta.

Ini juga turut menjadikan Ed Woodward sebagai pegawai eksekutif yang memiliki gaji paling lumayan di dalam sejarah Manchester United.

Itulah yang terjadi di Man United. Selepas Woodward yang overpaid, struktur gaji pemain mereka pun overpaid sekali dalam era Woodward.

Maklumat tentang gaji Ed Woodward itu dikeluarkan oleh beberapa media selepas butiran daripada Companies House tertiris.

Maklumat itu juga menunjukkan bahawa Manchester United telah membayar secara keseluruhan £6.8 juta kepada pengarah-pengarah kelab mereka.

Ini termasuk bayaran kepada dua legenda iaitu Sir Alex Ferguson, dan Sir Sir Bobby Charlton.

Ed Woodward merupakan timbalan pengerusi kelab yang sudah bertugas di Manchester United sejak 2015.

Jasa terbesar beliau kepada keluarga Glazer adalah menjadi broker yang membantu keluarga tersebut mendapatkan pemilikan penuh Manchester United.

Walaupun Manchester United dalam beberapa musim ini berhadapan dengan krisis prestasi di atas padang namun di luar padang Ed Woodward terus cemerlang membawa masuk penaja dan juga sejumlah wang yang besar dalam dalam dana pasukan.

Di bawah pengurusan Ed Woodward, Manchester United telah berjaya mendapatkan lebih daripada 50 rakan niaga mereka di seluruh dunia. Hebat kan?

Sebab itulah beliau sentiasa menjadi pegawai kesayangan Glazer.

Woodward kemudian tidak percayakan orang lain. Dan yakin dia boleh melakukan semua perkara. Oleh sebab itu Man United kerapkali berdepan masalah untuk menyegerakan perpindahan pemain pada off season / cuti rehat pra musim. Ini kerana Woodward turut sibuk dengan hal hal mencari penaja dan rundingan kontrak dengan penaja yang sedia ada.

Oleh sebab itulah orang suruh lantik pengarah sukan. Dia tak nak. Mourinho sebelum ini pernah terbuka menyatakan dia sudah hantar senarai pemain yang dia mahu beli 3 atau 4 bulan sebelum jendela perpindahan pra musim atau musim berakhir.

Malangnya, ketika pra musim, Ed Woodward boleh pula ambil cuti bersantai di pantai. Sedangkan bagi seorang CEO, itulah masa yang mereka memang tak akan bercuti.

Baca yang lain