eFootball 2022 (PES) Dikutuk Teruk Kerana Grafik Barai, Konami Dituduh ‘Kuat Kencing’

eFootball 2022, jenama baru PES versi digital percuma untuk dimainkan keluaran Konami, sudah pun dilancarkan secara rasmi dan ia telah dihentam kerana grafiknya yang mengerikan.

Tahun lalu, Konami secara rasminya menjenamakan semula sepenuhnya siri Pro Evolution Soccer kepada eFootball. Dan ianya akan boleh dimainkan secara percuma oleh peminat permainan bola sepak.

Jadi tidak ada lagi nama PES lagi ataupun Winning Eleven seperti di Jepun. Sebelum ini para pemain PES perlu membeli permainan tersebut dengan harga beratus ringgit.

Dan kini ianya tidak berlaku lagi apabila Konami menawarkan ia secara percuma. Walaupun percuma, permainan tersebut dilaporkan hanya boleh dimainkan secara atas talian. Dan ianya akan mulai dilancarkan pada musim bunga akan datang.

Konami mengesahkan bahawa eFootball boleh dimainkan menerusi plaform PC, PS5, PS4, Xbox Series X/S, dan Xbox One. Versi iOS dan Android kemudian akan menyusul.

IGN melaporkan Konami masih enggan mengulas tentang kemungkinan boleh dimainkan di Nintendo Switch.

Dengan versi baru ini, kesemua pemain boleh merasai permainan antara konsol yang berbeza ataupun cross-play. Pemain versi mobile digalakkan menggunakan controller untuk bermain menentang pemain dari PC dan konsol lain.

Konami menegaskan bahawa permainan di antara versi mobile dan konsol lain akan berfungsi sama tidak seperti permainan seperti Fortnite.

Konami melihat semakin ramai pemain yang menggemari platform mobile dan menganggap ianya satu kejayaan besar untuk versi tersebut.

Bercakap kepada IGN, Seitaro Kimura menyatakan langkah itu diambil untuk memastikan para pemain mendapat kemaskini segera pada setiap masa.

Pemain akan mendapat kemaskini untuk musim baharu pada setiap tahun.

Konami nampaknya lebih menumpukan usaha mengaut keuntungan daripada pembelian pakej atas talian oleh para pemain untuk mendapatkan pemain yang mereka suka.

Sebagai tambahan eFootball 2022 akan menggunakan engine Unreal 4. Dan Neymar turut diumumkan sebagai duta terbaru eFootball 2022.

eFootball 2022 yang dahulunya dikenali sebagai Pro Evo Soccer seringkali diagungkan kerana grafik yang power terutama sekali melibatkan wajah pemain.

Namun kali ini ianya berbeza. Pesaing kepada FIFA 22 itu malah dikutuk teruk pada hari pertama pelancarannya.

Seorang peminat PES menegaskan bahawa grafik wajah pemain adalah sangat teruk dan kelakar.

eFootball 2022 malah mendapat rating yang teruk daripada pengguna. Para peminat berkongsi di media sosial beberapa gambar yang dijadikan bahan jenaka.

Di Steam, daripada kira kira 6,000 ulasan pertama, eFootball 2022 hanya mendapat 8% sahaja. Di mana ada gambar pemain yang matanya tersembul dan penyokong yang seperti zombie.

Ianya jauh daripada apa yang dijanjikan Konami sebelum ini yang menyatakan bahawa eFootball 2022 akan hadir dengan grafik terbaik yang pernah mereka hasilkan dengan beberapa penambahbaikan animasi dan sistem.

Konami sebelum ini berkata: “Semuanya bermula dengan tekad yang tidak mampu dihalang lagi untuk mencipta pengalaman bola sepak yang revolusioner.”

“Cita-cita kami adalah untuk mencipta persekitaran bola sepak yang sempurna, dari rumput di lapangan, hingga gerakan pemain, hingga ke keramaian di stadium.”

“Untuk tujuan ini, kami memutuskan untuk membuat mesin permainan bola sepak baru, dengan sistem animasi dan kawalan permainan yang diperbaharui,” kata mereka lagi.

“Hasil akhir yang lebih mengagumkan daripada yang kami bayangkan.”

Membaca semula kata kata Konami itu membuatkan ramai terasa kepala mereka sudah lencun kena kencing.

Seorang pengguna turut memuat naik rakaman video di mana pemain meraikan gol sambil selamber menembusi jaring gol. Saksikan di sini:

*klik je pada tweet tu

Seorang lagi berkongsi satu lagi glitch yang mencuit hati:

Pastinya Konami sedar bahawa mereka perlu melakukan banyak kerja untuk memperbaiki glitch dan segala macam bugs serta isu grafik dalam kemaskini akan datang.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil