Ejen Nagelsmann Sahkan Rundingan Positif Dengan Chelsea

Ejen kepada Julian Nagelsmann mengesahkan kepada Sky Sports bahawa pihak mereka sedang berunding dengan Chelsea.

Dan rundingan itu sangat positif pada ketika ini.

Nagelsmann dipecat oleh Bayern Munich minggu lalu dan digantikan dengan Thomas Tuchel – yang merupakan bekas pengendali Chelsea.

Chelsea kemudian memecat Graham Potter berikutan kekalahan di tangan Aston Villa yang meletakkan kelab itu di luar 10 teratas.

Kini Chelsea memburu beberapa nama untuk dilantik menjadi pengurus. Antara nama yang menjadi calon utama Chelsea ialah Julian Nagelsmann.

Chelsea yakin Nagelsmann adalah pengurus yang tepat mengendalikan Chelsea selepas dia memiliki pengalaman mengendalikan tekanan di kelab besar seperti di Bayern Munich.

Selain daripada Nagelsmann, Chelsea turut menghubungi Luis Enrique untuk jawatan tersebut.

Tetapi laporan di Jerman menyebut bahawa, rundingan dengan Nagelsmann setakat ini berjalan dengan lancar.

Chelsea mahu melantik pengurus sepenuh masa secepat mungkin. Kerana mereka menganggap baki musim ini sebagai penting untuk melayakkan diri sekurang kurangnya ke Europa League musim hadapan.

Chelsea juga mahukan pengurus yang tetap untuk merancang pembikinan pasukan untuk musim hadapan. Pengurus yang akan menentukan pemain yang akan dijual atau dilepaskan.

Ini kerana saiz skuad Chelsea ketika ini sangat besar. Dan mereka perlu menjana wang daripada penjualan pemain untuk mengelak daripada sangkut dengan FFP.

Semua ini memerlukan pengurus tetap yang melakukannya.

Nagelsmann tertarik dengan projek di Chelsea. Dia yang awalnya mahu memikirkan berehat seketika daripada pengurusan, telah membuka terus pintu rundingan kerana Chelsea merupakan projek yang agak mengujakan baginya.

Nagelsmann dianggap sebagai salah seorang pengurus muda berbakat besar.

Namun dia kehilangan pengaruh di bilik persalinan Bayern Munich.

Baca yang lain