Elkan Baggot Tolak Panggilan Indonesia Untuk Piala AFF 2022 Kerana 3 Misi Penting Kelabnya

Pemain warisan Indonesia, Elkan Baggot memutuskan untuk menolak terus panggilan Indonesia untuk beraksi di Piala AFF 2022.

Sebelum ini, kelabnya Gillingham memberikan kebenaran kepada untuk tampil dalam Piala AFF 2022. Namun syaratnya, Indonesia harus mara ke kalah mati.

Bermakna, kelab tidak membenarkan Elkan beraksi pada pusingan awal.

Jurulatih Gillingham FC, Neil Harris mengesahkan Elkan Baggott tidak akan hadir mempertahankan pasukan kebangsaan Indonesia untuk Piala AFF 2022 kerana memilih untuk kekal di England.

Sebelum ini, Elkan Baggott juga tidak dapat bermain untuk pasukan kebangsaan Indonesia pada pusingan awal Piala AFF 2022.

Kerana Gillingham FC hanya mahu melepaskannya sekiranya pasukan Timnas Indonesia itu layak ke separuh akhir.

Jadual Piala AFF 2022, yang akan berlangsung dari 20 Disember 2022 hingga 16 Januari 2023, bertembung dengan jadual musim Gillingham FC,

Di mana pertandingan Piala AFF 2022 yang di luar kalendar antarabangsa FIFA membuatkan Gillingham keberatan melepaskan pemain itu.

Elkan Baggot bukannya pemain biasa untuk Gillingham. Dia merupakan pemain utama kelab itu.

Sepanjang tempoh Piala AFF 2022 berlangsung, Gillingham FC akan bermain enam kali, termasuk dua perlawanan penting menentang Wolverhampton Wanderers pada pusingan keempat Piala Carabao dan Leicester City pada pusingan ketiga Piala FA.

Jadi, 2 perlawanan menentang pasukan EPL dalam pertandingan piala domestik itu sudah pastinya sangat penting untuk kelab dan juga untuk Elkan Baggot.

Bukan itu sahaja, Gillingham turut bergelut untuk mengelak daripada penyingkiran dari Liga 2 ataupun divisyen ketiga dalam Liga Inggeris.

Di mana mereka kini masih berada tanggan tercorot. Tindakan Elkan itu juga disokong oleh kelab pemiliknya iaitu Ipswich Town. Dia berstatus sebagai pemain pinjaman di Gillingham.

Dia sedang menikmati musim terbaiknya dengan 26 penampilan dan menjaringkan 3 gol.

Pengurus Gillingham, Neil Harris mengesahkan berita Elkan terpaksa menolak untuk beraksi dalam Piala AFF 2022.

“Saya akan sentiasa menyokong pemain saya dengan apa yang mereka mahu lakukan, terutama apabila ada peluang untuk bermain di hadapan khalayak ramai,” kata Neil Harris yang dipetik dari Kent Online.

“Elkan Baggott membuat keputusan bahawa dia mahu kekal dan dia disokong baik oleh Ipswich Town dan oleh kami,” jelasnya.

“Jika Elkan Baggott mahu pergi, saya dan pihak Ipswich Town akan menyokongnya dan memahami sebab itu. Bagaimanapun, dia telah membuat keputusannya,” jelas Neil Harris.

“Apa yang dikatakan, adalah satu keistimewaan dan keistimewaan mutlak untuk dipanggil oleh negara anda. Bagaimanapun, adalah yang terbaik untuk dia kekal dan bermain sebanyak mungkin di peringkat ini,” tambahnya.

Jurulatih Pasukan Kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong, telah memanggil 28 pemain untuk kem latihan pusat di Bali sejak 28 November 2022 sebagai langkah persiapan menghadapi Piala AFF 2022.

Elkan Baggot tak pernah terlibat dalam mana mana aksi pemanas badan atau latihan pusat mereka setakat ini.

Sebelum ini PSSI sudah menyatakan bahawa mereka tidak boleh memaksa kelab untuk melepaskan pemain pemain mereka memandangkan Piala AFF di luar kalendar antarabangsa FIFA.

Baca yang lain