Elon Musk Benar Benar Jual Semua Rumahnya Selepas Berjanji Tak Mahu Memiliki Rumah Lagi

Beberapa minggu lalu, sebelum kelahiran anaknya, Elon Musk menerusi Twitter menyatakan bahawa dia ingin menjual semua hartanya terutama sekali hartanah dan rumahnya.

Musk mengakui bahawa kekasihnya, Grimes, sangat marah kepadanya kerana keputusannya itu. Namun Musk tidak peduli dan menegaskan teman wanitanya itu terpaksa menerimanya.

Selepas tweet itu, Elon musk terus menyenaraikan dua hartanah miliknya menerusi laman jual beli hartanah Zillow.  Kedua-dua rumah mewah tersebut dijual dengan harga $30 juta dan $9.5 juta.

Kedua-dua rumah tersebut berada di Los Angeles, atau secara tepatnya di kawasan Bel Air yang eksklusif. Salah satu rumah tersebut adalah rumah dengan lima kamar tidur dan peternakan, dan lainnya adalah estate mewah dengan enam kamar tidur.

Musk mengatakan rumah yang dijual dengan harga USD9.5 juta dulunya merupakan rumah milik aktor legenda, Gene Wilder, yang berlakon sebagai Willie Wonka di film Willie Wonka & the Chocolate Factory.

CEO SpaceX dan Tesla ini meminta supaya siapa pun pmebelinya nanti untuk tidak mengubah apa-apa.

“Hanya satu yang pasti tentang penjualan: Saya memiliki rumah lama Gene Wilder. Rumah ini tidak boleh dihancurkan atau kehilangan jiwanya,” tulis Musk dalam tweetnya.

Manakala estate yang menghadap Bel Air Country Club yang lebih mewah dan mahal dengan harga USD30 juta. Mansion ini memiliki perpustakaan dua lantai, panggung wayang, lapangan tenis, gym dan fasiliti mewah yang lain.

Musk memang memiliki beberapa rumah mewah yang dibelinya sejak tahun 2012 dan totalnya mencapai USD100 juta. Namun berdasarkan dua penjualan awal ini, orang melihat Elon Musk benar benar serius mahu menjadi orang tak ada rumah.

Dan terbaru Elon Musk menyenaraikan empat lagi hartanah miliknya untuk dijual. Dengan harga terkumpul lebih $100 juta.

Musk yang memiliki kekayaan lebih $38 billion, telah menyatakan beliau serius untuk tidak memiliki sebarang rumah miliknya.

Musk berkata:

“Harta yang sebanyak ini membebankan kamu secara politiknya.”

“Ianya menjadi satu vektor serangan, tau tak.”

“Orang selalu kata, kau billionaire, ada semua benda ni. Sekarang ni saya dah tak ada benda dah,” katanya kepada satu podcast.

“Jadi, sekarang kau nak buat apa?”

Menurut laporan Bloomberg, Elon Musk turut menyenaraikan rumah mewahnya di England dengan harga $35 juta.

Elon Musk baru sahaja meraikan kelahiran cahaya matanya yang bernama ‘X Æ A-12 Musk’. Nama yang membuatkan ramai keliru, sehinggalah Grimes sendiri menjelaskan bagaimana cara menyebut nama anak lelaki mereka.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan