Elon Musk Kecewa Lebah Kini Dikelaskan Sebagai Ikan Di California: “Susah Nak Maju Kalau Macam Ni”

Keputusan pelik di negeri California membuatkan pembaca hairan kerana satu spesies haiwan kini secara sah dianggap spesies lain.

Inilah keputusan yang dianggap tidak masuk akal dan Elon Musk antara yang menaikkan keningnya mendengar perkara itu. Di mana pentadbiran California mengklasifikasikan lebah sebagai spesis ikan.

Tindakan tersebut adalah untuk memastikan lebah mendapat perlindungan yang selayaknya diperoleh oleh ikan yang ditetapkan pada tahun 1970.

Ramai yang bertanya, kenapa tidak letakkan sahaja lebah sebagai spesis terpelihara tanpa perlu meletakkannya dalam kumpulan ikan?

Ini kerana menurut mereka, perlindungan ke atas lebah memang perlu, cuma tak perlulah mengiktiraf lebah sebagai spesis ikan.

Aktivis Sacramento Bee antara yang memperjuangkan agar lebah dikelaskan sebagai hidupan yang dilindungi.

Selepas beberapa tahun berjuang di mahkamah, akhirnya  undang-undang spesies terancam negeri itu digunakan di mahkamah rayuan baru-baru ini untuk melabelkan lebah sebagai ikan dalam usaha melindunginya.

Jadi, lebah akan dilindungi sebagai spesisis invertebrata yang hidup di darat seperti siput. Cuma bezanya kini ianya dikelaskan sebagai ikan.

“Oleh itu, invertebrata darat, seperti setiap satu daripada empat spesies lebah, mungkin disenaraikan sebagai spesies terancam atau terancam di bawah Akta,” tulis Hakim Bersekutu Mahkamah Rayuan California Ronald Robie.

Pada 2019, Suruhanjaya Ikan dan Permainan California menamakan lebah sebagai spesis terancam. Pengisytiharan itu dicabar oleh kumpulan pertanian yang merayu keputusan itu.

Pada 2020, seorang hakim di Mahkamah Tinggi Sacramento County berkata undang-undang hanya melindungi invertebrata dalam habitat marin seperti ikan, berpihak kepada petani yang mencabar keputusan itu.

Tetapi, keputusan baharu mahkamah rayuan kembali kepada penetapan asal lebah yang dilindungi sebagai spesies terancam, memenangi kes yang dibawa oleh Persatuan Pemuliharaan Invertebrata Xerces.

Keputusan baharu itu boleh membantu melindungi populasi lebah yang semakin berkurangan yang diperlukan untuk pendebungaan. Keputusan itu tidak akan menghalang petani daripada dapat meneruskan operasi mereka seperti biasa, menurut akhbar itu.

Keputusan mahkamah itu juga telah menarik perhatian Elon Musk.

Dia memuat naik tweet: “Lebah adalah ikan secara sah di California, berdasarkan peraturan mahkamah. Terdapat begitu banyak peraturan gila seperti ini yang menjadikannya amat sukar untuk membina sesuatu yang baharu di California,” tweet Musk.

Komen daripada Musk datang selepas dia memindahkan ibu pejabat Tesla dan dirinya ke negeri Texas selepas sebelum ini mengendalikan syarikat itu dan tinggal di negeri California.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di