Emak Buat Laporan Polis, Anak Disuruh Beli Sayur Tetapi Bawa Balik Menantu

Di India, seorang ibu telah membuat laporan polis ke atas anaknya.

Ketika perintah lockdown di India, hanya seorang wakil isi rumah dibenarkan keluar membeli barangan keperluan.

Oleh itu, seorang ibu di Ghaziabad telah menyuruh anak bujang lelakinya untuk membelikan mereka sayur dan keperluan yang lain di kedai.

Namun si anak telah membawa pulang bini sekali. Dengan alasan dia bosan duduk sorang sorang kat rumah ketikan dikuarantin.

Ibu yang kecewa dengan kelakuan anaknya, telah melarang dan tak memberikan restu kepada anaknya membawa masuk isteri ke rumahnya. Walaupun anaknya beralasan, wanita dikahwininya itu boleh membantu ibunya dalam membuat kerja harian di rumah.

Agensi berita di India — ANI — melaporkan bahawa, ibu lelaki itu telah membuat laporan polis di balai Sahibabad.

Dalam laporan polisnya, si ibu berkata: “Hari ini saya telah meminta anak saya untuk membeli sayur dan barangan dapur, namun dia kembali dengan membawa isteri pula.”

Dalam tangisan wanita tua itu berkata: “Saya tidak dapat menerima perkahwinan ini.”

Wanita itu meminta agar polis campur tangan dan menghantar semulan menantunya itu pulang.

Macam-macam la mereka ni.

Baca yang lain