Empat Pertemuan Juara Vs Juara Untuk PPV Survivor Series Telah Didedahkan Oleh WWE

24 jam selepas berakhirnya acara PPV Hell In a Cell kemarin, pihak kreatif WWE sudah mula menyiapkan beberapa jalan cerita untuk perlawanan dalam pay-per-view Survivor Series nanti.

Survivor Series merupakan salah satu dari empat acara terbesar WWE yang akan mempertarungkan para penggusti dari jenama berbeza untuk tempoh satu malam sahaja.

Para penggusti dari jenama RAW, SmackDown Live dan NXT akan dipertemukan dalam acara tersebut untuk menentukan penggusti dari jenama mana yang terhebat.

Menjelang 22 November nanti, pastinya akan banyak berlaku drama setiap jenama di ceroboh oleh penggusti dari jenama berbeza.

Seperti yang berlaku sebelum-sebelum ini, yang mana para penggusti dari SmackDown Live telah menceroboh acara Monday Night RAW dan sebaliknya.

Empat perlawanan besar sudah diatur oleh pihak kreatif WWE untuk acara Survivor Series nanti yang mana kesemua Juara dari setiap jenama akan bertemu sesama sendiri.

Berikut merupakan empat perlawanan utama yang sudah secara rasminya dijadualkan akan berlangsung dalam acara PPV Survivor Series nanti.

Bobby Lashley (United States Champion) vs Sami Zayn (Intercontinental Champion)

The New Day (RAW Tag Team Champions) vs The Street Profits (SD Tag Team Champions)

Asuka (RAW Women’s Champion) vs Sasha Banks (SD Women’s Champion)

Randy Orton (WWE Champion) vs Roman Reigns (Universal Champion)

Pastinya keempat-empat perlawanan tersebut sangat menarik untuk ditonton dan bakal menyajikan aksi menarik untuk para penonton.

Tetapi harus diingat, walau perlawanan tersebut menemukan antara Juara bertemu Juara, namun tiada kejuaraan yang akan dipertandingkan dalam kesemua perlawanan tersebut.

Kesemua Juara itu hanya membawa jenama masing-masing dan bertemu dengan Juara yang tahap kejuaraan mereka sama tetapi dari jenama berbeza.

Namun, walau tiada kejuaraan yang dipertandingkan, pastinya menarik untuk menyaksikan Orton dan Reigns bertemu dengan kedua-dua mereka turun sebagai Juara utama jenama masing-masing.

Kedua-dua penggusti itu juga pernah melalui pelbagai kejayaan gemilang bersama WWE, namun mereka belum pernah bertemu ketika Kedua-duanya sedang menjadi bintang utama dalam syarikat.

Asuka dan Sasha Banks pastinya akan menyajikan perlawanan yang penuh dengan aksi dan membuatkan para peminat terhibur.

Kedua-dua Juara wanita itu mempunyai move set terkenal sendiri dan mempunyai kemampuan masing-masing yang cukup mengagumkan.

Seandainya Juara wanita SmackDown itu mampu mempamerkan aksi seperti ketika dalam perlawanannya di Hell In a Cell, pertarungan antaranya dengan Juara wanita RAW akan menjadi yang terbaik.

Perlawanan tradisi lima lawan lima lelaki dan perempuan juga sudah disahkan akan berlangsung di acara PPV Survivor Series tahun ini.

Namun pada tahun ini perlawanan tersebut mungkin hanya akan melibatkan jenama RAW dan SmackDown, manakala NXT pulak tidak akan turut serta dalam perlawanan tersebut.

Segalanya mungkin berubah, ianya sudah tentu memandangkan perjalanan menuju ke PPV Survivor Series masih jauh, namun sedikit membosankan sekiranya NXT tidak terlibat dalam acara pada tahun ini.

Bagi pihak jenama RAW, tiga anggota lelaki sudah pasti akan mewakili jenama mereka untuk perlawanan lima lawan lima nanti.

Aj Styles, Keith Lee dan Sheamus akan membawa nama RAW dalam perlawanan itu nanti dan baki dua lagi kekosongan akan diisi sebelum bermulanya acara PPV tersebut nanti.

Baca yang lain