EPL Berpotensi Hilang Slot Kelima UCL Musim Depan Kerana Man United Dan Newcastle

Prestasi buruk Man United dan Manchester United dalam aksi UCL musim ini boleh memberikan kesan negatif kepada peluang slot tambahan untuk UCL musim depan melibatkan pasukan EPL.

Bukan sahaja tersingkir dari UCL, kedua dua pasukan malah tersingkir sepenuhnya dari pentas eropah apabila gagal mendapatkan slot play off kalah mati UEL sekalipun.

Bermakna, jumlah pasukan EPL yang bertanding di Eropah musim ini sudah berkurangan berbanding liga lain.

UCL akan mengalami rombakan besar besaran dari segi format kempen UCL 2024/25. Di mana akan ada 36 pasukan bertanding musim depan dalam liga kumpulan yang besar. Berbanding sistem sedia ada dengan 4 pasukan dalam setiap kumpulan, sebanyak 8 kumpulan yang ada.

Bermula musim depan, setiap pasukan akan bermain 8 aksi, 4 aksi tempat sendiri dan 4 di tempat lawa, namun berhadapan dengan lawan yang berbeza.

8 pasukan teratas dalam kumpulan besar itu akan mara ke pusingan 16 akhir. Sementara pasukan di tangga ke-9 sehingga 24 akan bermain dalam pusingan play off dalam format yang disebut Swiss Model. Idea ini dibawa UEFA sebagai respon kepada usaha beberapa pasukan membentuk Liga Super Eropah.

Jumlah pasukan yang akan bertanding dalam UCL musim hadapan akan ditentukan oleh ranking coefficient pada musim ini.

Ini bermakna, Liga Perdana Inggeris boleh menghantar 5 wakil ke UCL. Musim hadapan.

Dalam 7 daripada 11 musim terakhir, EPL sentiasa mendapat slot maksimum untuk kelayakan ke UCL. Kerana ranking mereka.

Namun begitu, dengan Manchester United dan Newcastle yang pulang awal daripada UCL musim ini. Bermakna EPL berisiko kehilangan slot ekstra.

Pada ketika ini England berada di kedudukan keempat dalam ranking coefficient di belakang Jerman, Sepanyol dan Itali.

Rating ini diberikan berdasarkan pencapaian kelab kelab dari setiap negara yang beraksi dalam pertandingan Eropah termasuk, UCL, UEL dan UECL.

Namun begitu, England masih mengharapkan Man City dan Arsenal yang kekal bersaing dalam UCL. Kerana markah pertandingan UCL sangat tinggi. Arsenal dan City masing masing menjadi juara kumpulan.

Sementara itu, Jerman, Sepanyol dan Itali mengantar 3 wakil ke kalah mati pertandingan kali ini. Mereka juga cemerlang dalam pentas UEL dan UECL.

Namun masih ada baki perlawanan yang banyak di peringkat kalah mati. Arsenal dan City perlu mara lebih jauh dan EPL mengharapkan pasukan seperti Liverpool juga memberikan mata tambahan di pentas kasta kedua pertandingan eropah.

Baca yang lain