ESL Rasmi Dibentuk: Dengar Kecaman Neville Terutama Ke Atas Man United Dan Liverpool

Awal pagi tadi, satu kenyataan telah dikeluarkan oleh organisasi yang dikenali sebagai The Super League. European Super League (ESL), kejohanan yang mengumpulkan big teams dari liga utama eropah akan dilancarkan secepat yang mungkin.

12 kelab telah bersetuju untuk menyertai kejohanan yang bakal memberi ancaman kepada pertandingan terulung eropah, UEFA Champions League.

Antara kelab pengasas terdiri daripada AC Milan, Internazionale, Juventus dari Itali, Barcelona, Real Madrid dan Atletico Madrid dari Sepanyol dan Chelsea, Liverpool, Manchester United, Manchester City, Arsenal dan Totenham Hotspurs.

Gagasan ESL ini diketuai oleh presiden Real Madrid, Florentino Perez sebagai tuan Presiden dan ahli majlis tertinggi terdiri daripada Joel Glazer (Pemilik Manchester United), Stan Kroenke (Pemilik Arsenal), John Henry (Pemilik Liverpool) dan Andrea Agnelli (Presiden Juventus)

Format

Menerusi pengumuman tersebut, terdapat beberapa perkara yang boleh difahami.

ESL akan mempunyai 20 pasukan yang terdiri dari 12 ahli pengasas ditambah 3 kelab yang tidak disebutkan namanya yang diharap akan menyertai gagasan tersebut dalam masa terdekat dan lima pasukan yang layak setiap tahun mengikut pencapaian domestik mereka.

Ia dijangkakan akan bermula pada bulan Ogos 2021, dengan perlawanan akan diadakan pada pertengahan minggu. Kelab akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang setiap satunya mempunyai 10 pasukan, yang akan bermain dalam pusingan round robin.

Tiga teratas dalam setiap kumpulan layak ke suku akhir, dengan pasukan di tempat keempat dan kelima bermain play-off secara timbal balik untuk 2 slot yang terakhir.

Selepas itu, ESL akan menggunakan format kalah mati dua pusingan yang sama yang digunakan dalam UCL sebelum final satu perlawanan pada bulan Mei di tempat yang neutral.

Dari Sudut Kewangan

Dari segi kewangan, ESL meramalkan “komitmen jangka panjang terhadap pembayaran solidariti yang belum dilengkapkan” akan jauh lebih tinggi daripada yang dihasilkan oleh persaingan Eropah semasa dan dijangka melebihi €10 biliun (RM49,384,190,000) selama jangka masa komitmen awal kelab “.


Akan ada kerangka perbelanjaan bagi para pengasas, yang akan menerima “€3.5 miliun (RM17,290,745,500) semata-mata untuk menyokong rancangan pelaburan infrastruktur mereka dan untuk mengimbangi kesan pandemik Kobid”.

Kutukan Gary Neville

Pundit Sky Sports Gary Neville tampil dengan pandangannya dan mengutuk pasukamn big six terutama sekali Manchester United dan Liverpool.

Menurut Neville, Liga Super Eropah ini adalah satu kelakuan jenayah ke atas penyokong bola sepak. EPL sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menentang idea ini dan mengancam akan mengharamkan penyertaan mana mana pasukan Inggeris dalam liga mereka jika mereka menyertai ESL.

Neville berkata, bola sepak yang menjadi kegilaan penyokong kini sudah tidak dipedulikan oleh kelab kelab yang tamak.

“Ini adalah satu skandal yang berlaku ketika musim wabak ni.”

“Manchester United dan pasukan big six yang menyertai gagasan ini harus berasa malu dengan diri mereka.”

“The European Super League, adakah Arsenal ada sekali dalam tu, setannya oi. Mereka baru seri dengan Fulham kot, dan sekarang ni Manchester United sedang seri dengan Burnley.”

“Ya aku akui, aku dah tak boleh fokus dengan perlawanan ni dah. Mereka ni semua, harus dibuang terus dari liga, kesemua 6 pasukan yang gatal gatal sign up dengan liga ini. Potong mata kesemua mereka. Nak terlibat dalam Liga Super Eropah masa musim berlangsung adalah satu jenaka.”

(Neville ulas ni masa separuh masa Man United bertarung dengan Burnley)

“Saya penyokong Man United sepanjang 40 tahun hidup saya ni, tetapi ini sangat memalukan aku. Paling saya menyampah dengan United dengan Liverpool ni.”

“Liverpool mereka melaungkan  you’ll never walk alone, kelab untuk orang ramai. Man United, 100 tahun dibina oleh kelas pekerja, ini sesuatu kemaluan, eh memalukan.”

“Esok potong je mata mereka ni, biar mereka duduk kat bawah liga tu dan ambik semua wang [penyiaran] mereka. Ini satu jenayah ke atas penyokong bola sepak dan negara kita.”

“Di tengah tengah krisis pandemik dan kegawatan ekonomi, banyak kelab kecil di League 1 dan 2 terpaksa memotong gaji pemain dan tiba tiba ada mereka ni mengadakan sesi zoom untuk mencipta lebih ketamakan.”

Walaupun penyokong Liverpool dan Man United jarang bersatu terutama sekali melibatkan Neville, namun kali ini mereka bersatu hati menyokong Neville.

Rata rata peminat Liverpool dan Man United menganggap kenyataan Neville itu sangat mewakili hati nurani mereka.

Baca yang lain