Etoo Minta Maaf Kelakuan Samseng Namun Kecam YouTuber Algeria Yang Berterusan Memprovokasi

Legenda Cameroon yang kini Presiden FA Cameroon [FECAFOOT], Samuel Eto’o meminta maaf di atas kelakuan samsengnya di luar stadium.

Di mana sebelum ini dia menyerang YouTuber dari Algeria dan menerajangnya.

Namun dia tetap mengecam YouTuber tersebut kerana menurutnya berterusan memprovokasinya.

Sadouni mengejek Cameroon yang tersingkir awal dengan bertanya kepada Etoo: “Macamana dengan Cameroon sekarang, apa cerita?”

Penyokong tersebut membangkitkan ketidakpuasan hatinya ke atas Cameroon yang menurutnya layak ke Piala Dunia kerana bantuan pengadil.

Presiden FECAFOOT berusia 41 tahun dan duta untuk Piala Dunia Qatar menjadi sangat marah selepas didekati influencer itu, ketika dia meninggalkan stadium selepas menyaksikan kemenangan 4-1 Brazil ke atas Korea Selatan di Doha.

Sebuah video yang ditularkan secara meluas di media sosial menunjukkan dia cuba melepaskan diri daripada orang yang cuba menghalangnya dan memaki hamun blogger bernama Sadouni SM.

Soudani terjatuh selepas dianjak oleh Etoo dan kemudian telah diterajang dengan penyepak oleh Etoo, tetapi tidak melaporkan sebarang kecederaan serius.

Eto’o mengeluarkan kenyataan di mana dia mengaku terlibat dalam “aksi kelakuan ganas”.

“Saya ingin memohon maaf kerana hilang sabar dan bertindak balas dengan cara yang tidak sepadan dengan personaliti saya,” kata bekas penyerang Barcelona, ​​​​Inter Milan dan Chelsea itu.

Eto’o hanya menyampaikan permohonan maafnya kepada “orang ramai” bagaimanapun dan bukan kepada YouTuber itu.

Eto’o membidas penyokong Algeria kerana tingkah laku mereka sejak Cameroon menewaskan Algeria menerusi gol di tempat lawan dalam playoff kelayakan Piala Dunia pada Mac.

Algeria kemudiannya mengadu kepada FIFA mengenai pengadil dan pada menuntut perlawanan ulangan.

“Saya berikrar untuk terus menentang provokasi berterusan dan gangguan harian beberapa penyokong Algeria,” kata Eto’o.

“Saya telah menjadi sasaran penghinaan dan dakwaan menipu tanpa sebarang bukti,” tambahnya.

Beliau berkata peminat Cameroon di Piala Dunia juga telah “diganggu dan diejek secara berterusan” oleh peminat dari Algeria.

“Senario kekalahan Algeria adalah kejam tetapi sangat sesuai dengan peraturan dan etika sukan kami,” tegas Eto’o.

Semua rayuan Algeria telah ditolak dan Etoo berkata bahawa pihak berkuasa Algeria kini mesti bertindak untuk menghentikan “iklim tidak sihat ini sebelum tragedi yang lebih serius berlaku.”

Sadouni SM berkata dalam video yang disiarkan dalam talian pada hari Selasa bahawa kamera dan mikrofonnya telah “remuk” dalam kejadian itu.

“Dia memukul saya,” tambah lelaki itu sambil menunjukkan dagunya.

“Saya melakukan semua itu untuk Algeria,” kata Sadouni SM dalam video itu.

“Saya berada di balai polis sekarang untuk siasatan.”

“Video ini mesti dikongsi. Memandangkan Eto’o adalah seorang selebriti, saya khuatir mereka akan menutup siasatan itu, tetapi saya mempercayai polis Qatar,” tambahnya.

Jawatankuasa penganjur Piala Dunia Qatar tidak mengulas mengenai insiden itu.

Ramai peminat Algeria meminta Etoo dilucutkan jawatan sebagai Duta Piala Dunia 2022.

Baca yang lain