Everton Sedia Lepaskan James Yang Kesedihan Ditinggalkan Ancelotti

Everton dikhabarkan mahu melepaskan penyerang Colombia, James Rodriguez pada jendela perpindahan kali ini. Berita ini pasti menggembirakan AC Milan yang mahukan pemain ersebut.

AC Milan dilaporkan sedang mencari playmaker baru menggantikan Hakan Calhanoglu yang bergabung dengan musuh sebandar, Inter Milan.

Telegraph melaporkan bahawa AC Milan berpotensi untuk mendapatkan khidmat James Rodriguez kerana pemain itu mahu beraksi di Itali selepas ditinggalkan Carlo Ancelotti.

Sementara itu Everton mahu mengurangkan beban kewangan mereka dengan gaji James yang sangat tinggi.

Tetapi Everton meminta EUR30 juta daripada AC Milan untuk pemain tersebut atas alasan pemain itu menunjukkan aksi luar biasa pada musim lalu.

Ianya berbeza dengan penilaian oleh Jorge Mendes, ejen kepada James yang menyatakan bahawa pemain itu tersedia untuk dimiliki dengan nilai EUR20 juta.

Jorge Mendes Sedih Lihat James Seperti Anak Yatim Piatu Di Everton Selepas Ditinggalkan Ancelotti

Pemergian Carlo Ancelotti ke Real Madrid ternyata bukan perkara yang mudah diterima oleh pemain yang sentiasa bersamanya, James Rodriguez.

Sebelum ini James menolak banyak tawaran kelab besar untuk ke Everton, itu semua kerana Don Carlo. Carlo Anceltto mengejut meninggalkan Everton selepas Real Madrid menghubungi beliau dan mahukannya kembali.

Ini selepas jawatan pengurus dikosongkan oleh Zinedine Zidane yang mahu berehat seketika daripada dunia pengurusan.

Dan sekarang, Corrriere Della Serra di Itali melaporkan bahawa ejen kepada pemain James iaitu Jorge Mendes menyatakan bahawa James Rodriguez kini merasakan dirinya seperti anak yatim piatu di Everton selepas ditinggalkan Ancelotti.

Lantas ejen beliau sedang mencari kelab baharu untuk pemain tersebut. Dengan AC Milan kemungkinan menjadi destinasi terbaru James. Milan merupakan kelab kesayangan Ancelotti di Itali.

Milan baru sahaja kehilangan Hakan Calhanoglu yang memutuskan untuk meninggalkan pasukan tersebut dan menyertai jiran sebelah Inter Milan.

AC Milan masih mencari pengganti kepada Hakan Calhanoglu. James Rodriguez dianggap sebagai salah seorang calon terbaik bagi posisi tersebut.

AC Milan baru sahaja memuktamadkan pernjanjian dengan bekas bintang Arsenal dan Chelsea, Olivier Giroud.

Selain daripada AC Milan, Jorge Mendes juga cuba berunding dengan kelab lain termasuk Napoli dan Atletico Madrid. Jika mereka berminat untuk mendapatkan James.

Di manakah James akan beraksi pada musim hadapan? Adakah beliau akan kembali semula ke Real Madrid? Kerana Ancelotti turut dikatakan berminat membawa pemain itu kembali ke Real Madrid. Cuma perbincangan perlu dilakukan dengan Florentino Perez untuk melakukannya.

James buat masa ini dikatakan lebih berminat untuk ke Itali.

Tidak mustahil juga pemain antarabangsa Colombia itu akan terus kekal di Everton untuk semusim lagi.

 

Baca yang lain