FA Portugal Sedia Cabar FIFA Tuntut Gol Ronaldo, Namun FIFA Ada Alasan Yang Sukar Dilawan

FA Portugal kini tiba tiba masuk ke dalam gelanggang perjuangan Cristiano Ronaldo dalam usaha pemain itu mahu menuntut gol pertama ketika menentang Uruguay.

Ronaldo kehairanan kenapa dia tak dihadiahkan gol tersebut. Kerana dia mendakwa bola ada terkena kepalanya, ketika menyambut hantaran lintang Bruno Fernandes.

Bercakap kepada O Jogo selepas tamat perlawanan, Ronaldo menyatakan bahawa bola tersebut memang ada terkena pada kepalanya. Dan dia merasakan dia berhak mendapat gol tersebut.

Malah selepas wisel penamat, Ronaldo dilihat cuba mengklaim gol tersebut sekali lagi dengan memberitahu pegawai perlawanan bahawa bola ada terkena sipi sipi kat kepalanya.

Malangny ianya tidak dilayan oleh pegawai FIFA yang bertegas bahawa gol itu milik Bruno Fernandes.

Bruno Fernandes menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut. Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Bruno Fernandes menyatakan: “Saya tadi merasakan gol itu adalah milik Ronaldo, dan saya meraikan gol itu sebagai gol dia.”

“Namun saya tidak kisah dengan siapa yang menjaringkan gol itu. Kerana apa yang paling penting, misi kita ke fasa seterusnya tercapai, itu lebih penting.”

“Apapun, kami gembira dengan kemenangan itu, tidak kiralah siapa antara kami yang menjaringkan gol itu.”

“Kami tahu bahawa Cristiano adalah penyerang yang mencari gol dan lebih penting untuk penyerang, begitu juga untuk Goncalo [Ramos], Andre [Silva], Rafael [Leao] dan Joao [Felix], tetapi perkara yang paling penting ialah objektif yang dicapai iaitu berada di fasa seterusnya.”

“Ia adalah kumpulan kami, unit kami, dan kami mempunyai dedikasi di atas padang. Sikap saling membantu antara kami inilah yang membuatkan kami mendapat keputusan seperti ini.”

Sementara itu Alejandro Moreno berkata, Ronaldo pasti tahu itu bukan gol miliknya, sebab itu dia cuma bersiuuu ala kadar sahaja.

“Kamu tahu, Ronaldo tahu dia tak sentuh pun bola tu, sebab tu dia tak memberikan siuuuu sepenuhnya.”

Kini FA Portugal dilaporkan sedia mencabar keputusan FIFA yang tidak menghadiahkan gol kepada Cristiano Ronaldo. Dan mereka sedia melampirkan semua bukti yang mereka ada agar gol itu diberikan kepada Ronaldo bukannya Bruno Fernandes.

Walaupun FIFA memiliki kamera di seluruh stadium, FA Portugal tetap yakin bahawa mereka akan dapat mencabar keputusan FIFA itu dan menukar keputusan dengan memberikan gol kepada Ronaldo.

Tetapi ESPN melaporkan bahawa jurucakap FIFA ada menjelaskan tentang bagaimana gol itu tidak dikreditkan kepada Cristiano Ronaldo.

Ianya dianggap sebagai perkara yang sangat sukar dilawan oleh FA Portugal.

Kenyataan itu berbunyi: “Dalam perlawanan antara Portugal dan Uruguay, Connected Ball Technology ada dipasang dalam Bola Perlawanan Rasmi Al Rihla adidas, kami secara pasti tidak dapat menunjukkan sebarang sentuhan pada bola daripada Cristiano Ronaldo untuk gol pembukaan dalam perlawanan tersebut.”

“Tiada data daya sentuhan tambahan pada bola yang dapat diukur seperti yang ditunjukkan oleh teknologi pengesan kami yang tidak mengesang sebarang kesan ‘heartbeat’ dihantar pada isyarat bola.”

“Sensor IMU 500Hz di dalam bola membolehkan kami menjadi sangat tepat dalam analisis kami.”

Penjelasan FIFA ini yang mewakili Adidas selaku pembekal bola rasmi perlawanan dianggap sukar ditentang oleh FA Portugal.

Apa yang pasti ramai peminat Portugal tidak setuju dengan tindakan FA Portugal yang terlalu beriya nak menuntut gol untuk Ronaldo kerana ianya dikhuatiri akan mengganggu keharmornian pasukan.

Mereka yakin Ronaldo sangat profesional tidak akan memikirkan lagi pasal gol tersebut.

Baca yang lain