Fabregas Dedahkan Bagaimana Arteta Ubah Arsenal Seperti Yang Ada Hari Ini

Cesc Fabregas sempat turun sendiri meninjau keadaan di pusat latihan Arsenal. Dan bekas pemain Arsenal itu benar benar kagum dengan apa yang dilakukan Mikel Arteta di kelab tersebut.

Arsenal menjadi pasukan yang sangat digeruni ketika ini. Mereka memiliki pendahuluan 5 mata di atas Manchester City dalam carta liga. Dan masih ada 1 perlawanan dalam tangan berbanding City.

Fabregas berkongsi pengalamannya ketika melawat tempat lamanya. Dan dia sangat kagum dengan cara Arteta mengubah kelab itu.

Bukan sahaja mengubah gaya permainan Arsenal, Arteta malah mengubah mentaliti dalam kelab itu sendiri.

Ini termasuk motivasi yang luar biasa pada diri pemain.

Selain itu Arteta juga telah membantu kelab agar meningkatkan dan memodenkan tahap fasiliti di kompleks latihan mereka yang penting untuk kelab meningkatkan prestasi pemain.

Fabregas berkata: “Saya sangat bertuah kerana sempat berada di pusat latihan Arsenal baru baru ini.”

“Saya terasa seperti tidak pernah berada di sana,” kata Fabregas yang melihat segalanya serba serbi berubah berbanding dengan ketika dia meninggalkan kelab itu pada 2011.

“Pengurus pusat latihan memberitahu saya bahawa, 95% perubahan yang ada di pusat latihan tersebut adalah perubahan yang dilakukan Arteta yang mengubah segalanya.”

Ditanya, apa yang dia maksudkan dengan mengubah segalanya, Fabregas menjawab: “Ya semua perkara dia ubah.”

“Dia mengubah persepsi kelab itu dalam beberapa tahun ini, banyak mesej positif di sekitar pusat latihan, fasiliti lebih besar, kelengkapan lebih baik, padang lebih baik, kamu sebut sahaja, semuanya lebih baik.”

“Saya rasa, di pintu masuk pun ada simbol trofi Liga Perdana Inggeris yang dibiarkan kosong, di mana dia mahu mesej itu sampai kepada semua orang: ‘Gais, kita harus meletakkan trofi di situ’.”

“Jadi, setiap hari pemain pergi ke pusat latihan, mereka akan melihat trofi EPL tu kosong dan cuma simbol. Itulah mesej yang mahu dia sampaikan kepada pemain atau inspirasi kepada pemain setiap hari agar mereka membuktikan bahawa mereka benar benar mahu meletakkan trofi EPL di situ.”

“Saya rasa dia telah mengubah mentaliti kelab ini sejak Arsene Wenger meninggalkan kelab ini. Apa yang dia telah lakukan sangat luar biasa.”

Arsenal benar benar memiliki mentaliti yang jauh lebih baik musim ini. Ianya berubah kerana Arteta.

Mereka bukan lagi sekumpulan anak muda yang kerap dibuli secara mentaliti oleh pasukan dari big six.

Terbaru Arsenal menewaskan Manchester United 3-2 dalam satu lagi kenyataan jelas kepada dunia bahawa mereka sedia untuk menamatkan kemarau kejuaraan EPL.

Fabregas yakin bahawa Arsenal akan mampu menjulang EPL musim ini di bawah kendalian Mikel Arteta.

Walaupun rakan punditnya di Sky Sports pada masa itu, Gary Neville percaya bahawa Manchester City akan menjadi juara memintas Arsenal. Malah Neville merasakan United akan berada di atas Arsenal pada akhir musim ini, dengan Arsenal akan menamatkan saingan di tangga ketiga.

Baca yang lain