Fabrizio Romano: Declan Rice Akan Diumumkan Arsenal Hari Ni

Penantian peminat Arsenal untuk melihat Declan Rice menjadi pemain mereka secara rasmi akan berakhir pada hari ini – menurut laporan Fabrizio Romano.

Arsenal dan West Ham sudah mencapai kesepakatan harga sekitar £105 juta untuk pemain tersebut. Arsenal akan membayar £100 juta secara wajib dalam ansuran 18 bulan.

Sementara £5 juta lagi adalah dalam bentuk bonus. Urusan untuk mengumumkan Declan Rice lebih awal terhalang kerana Arsenal didakwa melambatkan bayaran depoosit untuk pemain itu.

West Ham meminta Arsenal menyegerakan bayaran pertama GBP34 juta untuk membolehkan mereka membelanjakan wang itu membeli pemain baharu.

Kini Arsenal urusan tersebut dipercayai sudah selesai selepas Arsenal menyelesaikan urusan perpindahan Jurrien Timber dari Ajax.

Fabrizio Romano menegaskan bahawa Declan Rice akan diumumkan secara rasmi sebagai pemain Arsenal pada hari ini – Sabtu.

Declan Rice menjadi sasaran utama Mikel Arteta sejak awal jendela perpindahan lagi. Keutamaan Arteta adalah Declan Rice. Di mana pemain itu dianggap penting untuk melengkapkan sistem permainan Arsenal.

Arsenal juga tertarik dengan pembangunan Rice yang masih pesat berdasarkan usianya yang masih muda. Dia juga sudah sangat matang dan merupakan kapten kepada West Ham yang membantu kelab itu mencipta sejarah menjuarai Liga Persidangan Eropah musim lalu.

Rice sebelum ini menolak perpindahan ke kelab lain kerana mahukan jaminan minit permainan bagi membolehkannya bermain dalam skuad Piala Dunia 2022 England.

Tetapi dia sudah menegaskan bahawa dia sudah sedia untuk berpindah selepas Piala Dunia 2022. Dan kini adalah masa yang tepat untuknya.

Rice mahu bermain di UCL dan memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak di West Ham walaupun ditawarkan gaji GBP200k seminggu di kelab itu.

Baca yang lain