Faiq Bolkiah: Kisah Anak Bangsawan Gila Bola Dan Jiwanya Untuk Brunei

Putera raja turun ke padang, dan bergasak dengan pemain lain merupakan sesuatu yang unik bagi kita.

Ini kerana mereka boleh sahaja duduk di istana dan pergi berhibur ke sana sini dengan wang yang mereka ada, terutama sekali jika mereka adalah anak daripada waris Sultan Brunei.

Kesultanan Brunei merupakan antara kesultanan terkaya di dunia. Putera kepada adik Sultan Brunei iaitu Faiq Bolkiah ada kisah yang unik.

Jadi jika ada orang tanya, apa korang akan buat jika ada USD15 billion dalam bank?

Mesti ramai akan fikir, melancong tak ingat dunia dan berbelanja di mana sahaja.

Namun Faiq Jefri Bolkiah pula yang memiliki lebih banyak wang daripada di atas ini, telah memilih untuk merumput di padang bola sepak.

Faiq Bolkiah, kisah billionaire remaja di padang bola

Faiq bukanlah putera kepada Sultan Hassanal Bolkiah, tetapi beliau adalah putera kepada Jefri Bolkiah, yang merupakan adinda kepada Sultan Hassanal Bolkiah.

Faiq telah menjadi kerabat diraja Brunei yang turun menjadi kapten pasukan kebangsaan negaranya dan bermain di atas padang yang pelbagai kondisi. Dibentes, diterjah dan juga diherdik di atas padang.

Untuk pengetahuan korang, Faiq Bolkiah boleh mewakili Amerika Syarikat, dan sudah ditawarkan tempat dalam pasukan utama di sana. Faiq memulakan kariernya di Amerika Syarikat ketika awal remaja lagi.

Brunei di hatinya

Namun Faiq menolak tawaran itu dan memilih Brunei walaupun tahu jika mewakili Amerika Syarikat, Faiq ada peluang lebih cerah bermain bermain di Piala Dunia.

Jiwa raga untuk negaranya sangat tinggi dan tidak boleh ditukar ganti,

Faiq meninggalkan istana mewah miliknya demi sesuatu yang dia minat. Faiq telah menyertai kelab pembangunan di Leicester.

Faiq turut menyertai beberapa trial dengan pasukan seperti Arsenal dan Chelsea. Beliau bermain di akademi Chelsea untuk semusim.

Namun Faiq kemudian mengejar cita citanya dengan menyertai Leicester. Pasukan yang dilihat boleh menawarkan beliau lebih minit perlawanan.

Jika korang cakap Faiq ni pakai kabel, mungkin harus semak balik fakta. Faiq menghadiri sangat banyak trial dengan banyak pasukan di Eropah. Malah pernah mencuba nasib dengan akademi Southampton yang ketika itu dibuka di Brunei.

Namun The Saints tidak berminat untuk menawrkan kontrak kepada beliau.

Selain itu, Faiq juga merupkan pemain yang digilap di Amerika Syarikat. Faiq lahir dan membesar di sana. Dari kecil Faiq dikenali dengan sikapnya yang rendah diri dan tidak sombong.

Faiq adalah pemain bola sepak yang paling kaya di dunia dengan jumlah kekayaannya sekitar $20 billion. Faiq memiliki lebih 230 kereta mewah di dalam koleksinya.

Boleh saja Faiq mengikuti beberapan sepupunya yang lain menikmati kehidupan diraja tanpa turun padang bola sepak

Namun ada perkara yang bagi Faiq tak boleh dibeli dengan wang, ini termasuk bola sepak yang beliau minat.

Faiq tampil menjadi kapten pasukan Sukan SEA negaranya pada 2015.

Kepimpinan yang ada padanya, usah dipertikaikan. Dari kecil lagi beliau bercampur gaul dengan keluarga diraja Brunei.

Faiq pada usianya yang sangat muda sudah memiliki beberapa kaps untuk negaranya dan juga menjaringkan 1 gol di peringkat antarabangsa.

Pastinya Faiq berharap kariernya selepas ini akan terus meningkat naik.

Baca yang lain