Jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner menyatakan bahawa dia bengang dengan tindakan pemain pemain KL City ketika aksi derbi Lembah Klang. Di mana menurutnya pemain pemain KL City kuat berlakon dan melengah lengahkan permainan.
Menurut Feichtenbeiner, sikap seperti itu sepatutnya tidak ada dalam bola sepak dan memalukan.
Selain itu jurulatih asal Jerman itu mempersoalkan kenapa pengadil tidak memberikan masa kecederaan yang lebih banyak kerana pemain pemain KL City dilihat dengan sengaja cuba melengahkan waktu permainan.
Selangor dan KL City memulakan kempen musim ini dengan keputusan seri 3-3. Di mana Selangor gagal memanfaatkan kelebihan bermain dengan kelebihan seorang pemain.
KL City memberikan dua penalti kepada Selangor dalam perlawanan ini.
Selangor mendahului menerusi pemain baharu mereka, Hyuri Henrique pada minit ke-18. Namun bintang KL City musim lalu, Zhafri Yahya meledak gol penyamaan seminit kemudian.
Tidak lama selepas itu, gol penalti Herlison Caion meletakkan pelawat kembali di hadapan pada minit ke-27. KL City kembali mengikat Selangor pada minit ke-32 menerusi Hadin Azman di minit 32.
Pada separuh masa kedua, Ryan Lambert memberikan harapan kepada KL City untuk meraih 3 mata dengan gol pada minit ke-60.
Namun kesilapan Irfan Zakaria yang menampan bola dengan tangan membolehkan Selangor mendapat penalti, dan sekali lagi Caion tenang merembat masuk pada minit ke-78.
Berbalik kepada pandangan Feicthenbeiner, dia berkata bahawa pasukannya adalah pasukan lebih baik kerana berjaya menguasai perlawanan dan mencipta lebih banyak peluang.
Dipetik daripada Harian Metro, pengendali Red Giants itu berkata: “Ini pandangan saya. Pasukan kami adalah lebih baik kerana mencipta lebih banyak peluang dan mengawal aksi.”
“Pada separuh masa kedua, mereka mendahului dan melengahkan permainan. Dan saya tak berapa suka dengan cara permainan begitu, namun mereka berbuat demikian apabila mendahului.”
Feicthenbeiner kemudian menyatakan bahawa pasukannya berhak mendapatkan gol penyamaan.
Beliau kemudian mempersoalkan kenapa pengadil tidak menambah lagi masa kecederaan berbanding dengan hanya 4 minit.
“Pada pandangan saya, situasi agak memalukan, apabila hanya 4 minit masa kecederaan diberikan. Untuk mengubah sikap pemain yang melengahkan perlawanan, pengadil boleh memberikan masa tambahan yang lebih. Ini berlaku di banyak negara.”
#bolatime #kualalumpur Pengadil perlawanan sepatutnya memberi tambahan masa pada waktu kecederaan selepas beberapa kali pemain KL City sengaja melengah-lengahkan permainan.https://t.co/ugfpay8LMM
— Harian Metro (@hmetromy) March 5, 2022
“Namun di sini [Malaysia], apabila mendahului, pemain akan tiba tiba mengalami kecederaan walaupun saya tak nampak pula mereka terlibat dalam pergelutan dengan bola.”
Saksikan rangkuman aksi di sini: