Fernando Santos Bidas Fernandes: “Dah Kalah Jangan Salahkan Pengadil, Tetapi Diri Sendiri”

Jurulatih Portugal, Fernando Santos, tidak bersetuju dengan pandangan Bruno Fernandes mengenai siapa yang harus dipersalahkan kerana tersingkir daripada Piala Dunia 2022.

Selain Bruno Fernandes, Pepe turut membidas pemilihan pengadil pada hari itu yang menurutnya seolah olah satu konspirasi mahu Argentina juara.

Sambil dalam nada sakit hati meminta piala diberikan terus kepada Argentina.

Bruno Fernandes serang pengadil

Youssef En-Nesyri menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika Maghribi menewaskan bekas juara Eropah itu 1-0 pada hari Sabtu lalu.

Selepas perlawanan, Fernandes menyalahkan pengadil Argentina, Facundo Tello yang berasal dari Argentina, atas kekalahan mereka.

Fernandes turut mempersoalkan kenapa dia tidak mendapat penalti kerana dia tidak pernah sengaja menjatuhkan diri dalam kotak penalti, kata pemain tengah Manchester United itu.

Bintang tengah Portugal, Bruno Fernandes telah melancarkan serangan verbal tanpa sebarang serangan fizikal ke atas pegawai perlawanan selepas kekalahan 1-0 Portugal kepada Maghribi pada suku akhir Piala Dunia di Qatar.

Youssef En-Nesyri menghasilkan tandukan sensasi ala Cristiano Ronaldo untuk memecahkan kebuntuan dan meletakkan Maghribi di hadapan sebelum separuh masa pertama berakhir.

Maghribi dikurangkan kepada 10 pemain dalam masa kecederaan selepas Walid Cheddira dilayangkan kad merah, tetapi Portugal tidak dapat menjaringkan gol penyamaan penting sebelum perlawanan tamat.

Anak buah Walid Regragui mengejutkan seluruh dunia sekali lagi dengan menempat tiket ke separuh akhir untuk bertembung dengan juara bertahan Piala Dunia Perancis, yang menewaskan England pada suku akhir.

Rakan sepasukan Fernandes di Portugal, Pepe melancarkan serangan pedas ke atas pegawai perlawanan daripada pertembungan suku akhir menentang Maghribi di Stadium Al-Thumama.

Kini, Fernandes turut melakukan serangan dan kritikan terhadap pengadil Argentina, Facundo Tello dan pegawai perlawanan lain selepas Portugal tersingkir daripada Piala Dunia.

Pemain tengah Portugal berusia 28 tahun itu dilaporkan telah menyerang pegawai perlawanan dari Argentina.

Pegawai media Persekutuan Bola Sepak Portugis (PFF) cuba menenangkan Fernandes. Namun pemain itu memberikan amaran kepada pegawai PFF agar tidak sesekali menghalangnya dan membenarkannya meluahkan pendapatnya mengenai Facundoi Tello dan pasukan pengadilannya.

Pemain tengah Portugal itu memberikan kata-kata kasar penuh gaya konspirasi ke atas pengadil yang berasal dari Argentina mengendalikan perlawanan mereka.

Ketika kakitangan FA Portugis cuba campur tangan dan menenangkan Fernandes, dia berkata: “Jangan sentuh saya, saya akan cakap apa yang saya nak cakap. F**k [pergi mampus dengan ]mereka…”

“Saya perlu mengatakan bahawa adalah sangat pelik untuk mempunyai pengadil yang mengadili perlawanan kami adalah dari negara [Argentina] yang masih mempunyai pasukannya dalam pertandingan dan kita di sini tidak mempunyai pengadil Portugal dalam Piala Dunia.”

“Pengadil kami berada di Liga Juara-Juara, jadi mereka mempunyai kualiti dan tahap yang selayaknya untuk berada di sini.”

“Pegawai pegawai ini tidak menjadi pengadil dalam Liga Juara-Juara Eropah sekalipun, mereka tidak biasa dengan permainan jenis ini, mereka tidak mempunyai rentak untuk permainan seperti. Mereka dengan jelas tidak terurus di atas padang.”

“Pada separuh masa pertama, ada penalti yang jelas ke atas saya, tanpa sebarang keraguan, kerana saya ketika itu tidak dikawal dan tidak pernah dalam hidup saya membiarkan diri saya sengaja jatuh [dive], apabila saya bersendirian berdepan dengan penjaga gol, saya boleh merembat ke gawang. Semudah itu.”

Bagaimanapun, Santos tidak fikir pengadil menjadi sebab utama mereka tersingkir. Kerana menurutnya, mereka harus menyalahkan diri sendiri kerana gagal menjaringkan gol dalam perlawanan itu.

Santos berkata: “Saya tidak fikir begitu, saya fikir dia boleh membuat kesalahan pada satu atau dua, mungkin lebih dalam beberapa keadaan.”

“Tetapi secara umum, saya tidak fikir begitu. Bukannya pengadil jadi punca kekalahan kami.”

“Saya fikir kami boleh melakukan lebih banyak lagi terutama sekali di hadapan gol dan kami tidak melakukannya. Saya tidak fikir kita harus menyalahkan pengadil, ia tidak masuk akal,” kata Santos.

World Cup: Don’t blame him – Santos disagrees with Fernandes on who caused Portugal exit

Fernando Santos sudah pun melepaskan jawatannya berikutan penyingkiran Portugal dari Piala Dunia 2022.

Baca yang lain