FFP Kelab EPL: Spurs Boleh Belanja £400 Juta, Newcastle Pula £166 Juta, Everton Pula Negatif

FFP mengeluarkan angka yang boleh dibelanjakan setiap kelab EPL untuk Januari akan datang. Ianya selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk baki akaun sebelum ini selepas jual beli pemain.

Biasanya jual beli pemain yang tinggi kosnya. Ianya merangkumi perbelanjaan pasukan sejak dua musim terakhir. Kerana pandemik melanda, maka kali ini EPL bagi muka untuk tidak mengambil kira baki pendapatan musim lalu dalam kiraan kali ini.

Terdapat 7 kelab yang boleh berbelanja bersih lebih daripada £100 juta. Ini termasuk kelab kaya yang baru iaitu Newcastle United. Belanja bersih merujuk kepada angka selepas pendapatan tolak dengan perbelanjaan.

Hanya Everton sahaja yang angka FFP mereka negatif pada ketika ini.

Sementara Aston Villa pula hanya dibenarkan berbelanja bersih £5 juta walaupun sudah menjual Jack Grealish £100 juta. Ini kerana sebelum ini Villa berbelanja sangat besar.

Spurs paling soltan

Dalam senarai FFP kali ini, Tottenham Hostpur boleh berbelanja sehingga £400 juta pada Januari nanti. Ini adalah kelebihan untuk Antonio Conte.

Spurs sebelum ini mendapat wang pinjaman daripada kerajaan dan juga mengawal perbelanjaan mereka selepas pembinaan stadium baharu. Spurs mengamalkan dasar gaji siling kepada pemainnya.

Di tempat kedua adalah Liverpool. Kekedekutan FSG dalam beberapa musim selepas kejuaraan UCL membuatkan akaun yang ada pada Klopp tersedia £273 juta boleh dibelanjakan.

Berdasarkan pasukan Liverpool yang ada, mungkin Januari ini tak akan menarik mereka untuk berbelanja besar.

Di tangga ketiga adalah Manchester United. Walaupun berbelanja besar mendapatkan Jadon Sancho, Varane dan Ronaldo serta beberapa pemain lagi sebelum ini. United adalah kelab yang paling menguntungkan di Premier League.

Jadi mereka boleh berbelanja sehingga £243 juta. Oleh kerana United dikendalikan interim, mungkin mereka tidak akan berbelanja Januari ini.

Kejuaraan UCL memberikan Chelsea pendapatan tambahan. Ditambah dengan kejayaan mereka mendapatkan wang daripada penjualan pemain sebelum ini. Chelsea boleh berbelanja sehingga £241 juta.

Sementara Arsenal boleh berbelanja £201 juta diikuti Burnley £171 juta dan Newcastle £166 juta. City pula hanya dibenarkan berbelanja £84 juta selepas pecah tabung mendapatkan Grealish. Namun pasukan mereka juga sudah stabil.

Ini adalah senarai penuh:

 

Newcastle pastinya boleh berterima kasih kepada Mike Ashley yang meninggalkan akaun FFP positif kepada kelab.

Mike Ashley dikenali dengan sikap suka campur tangan dalam mendesak pengurus menjual pemain yang dilihat ada nilai pasaran dan cuba mengelakkan pemain itu daripada pergi percuma.

Oleh sebab itu dalam jendrla perpindahan akan datang, di bawah pemilik baru, mereka boleh berbelanja sehingga £200 juta pada satu jendela perpindahan akan datang tanpa melanggar FFP.

Angka ini akan lebih besar jika mereka menjual atau melepaskan beberapa pemain dalam jendela tersebut.

Selain itu Newcastle mungkin akan menggunakan sistem pinjaman pemain dengan bayaran ansuran. Seperti mana PSG membeli Neymar dan Mbappe dalam satu jendela yang sama dahulu.

Baca yang lain