FIFA Mahu Uji Ofsaid Dengan Seluruh Badan Melepasi Pertahanan Akhir

Peraturan ofsaid kini menjadi antara peraturan paling mahal. Mana tidaknya, sudah ada teknologi VAR dan pengesanan ofsaid separa automatik diperkenalkan oleh FIFA.

Tidak cukup dengan itu FIFA kini sedang membincangkan peraturan ofsaid baharu.

Di mana seseorang pemain hanya akan dikira ofsaid apabila keseluruhan badannya berada di atas garisan ofsaid.

Peraturan itu bakal diuji tidak lama lagi. Biasanya FIFA akan mengujinya dalam pertandingan belia dan kejohanan serantau selain EURO.

Ini bermakna, dalam gambar di bawah ini, pemain  tersebut dikiran onside dalam peraturan terbaru tersebut.

Peraturan ini merupakan salah satu peraturan yang dicadangkan oleh Arsene Wenger yang kini bertugas sebagai Ketua Pembangunan Global FIFA.

Arsene Wenger sebelum ini sudah menyuarakan beberapa perubahan lain dalam peraturan IFAB. Antaranya adalah sepakan ke dalam menggantikan lontaran ke dalam apabila bola terkeluar daripada permainan.

FIFA telah banyak mendapat kritikan kerana pengadilan ofsaid yang seringkali tidak konsisten walaupun ada bantuan VAR.

Jadi, dengan peraturan baharu ini, ia masih memerlukan VAR menyemak dengan teliti sama ada keseluruhan anggota badan pemain sudah melepasi pertahanan akhir pasukan lawan.

Jadi, adakah anda bersetuju dengan cadangan peraturan terbaru ini? Kongsikan je pandangan anda dengan kami. K…

Baca yang lain