FIFA Nasihatkan Cristiano Ronaldo Kejar Rekod Bican, Abaikan Rekod 1,283 Gol Diklaim Pele

Cristiano Ronaldo kini diiktiraf sebagai penjaring terbanyak dalam karier profesional sepanjang zaman mengatasi Pele.

Dan jika beliau menjaringkan 2 gol pada aksi menentang Milan, beliau akan menjaringkan gol ke-760 dalam kariernya sejak beraksi tahun 2002 lagi.

Ketika dunia terarah kepada rekod Pele vs Cristiano, muncul satu nama iaitu Josef Bican. Yang sebenarnya menjaringkan 805 gol dalam kariernya menurut FIFA.

Media Eropah tidak begitu kisah tentang rekod Josef Bican yang merupakan legenda Slavia Prague.

FIFA iktiraf Bican terbaik ketika ini

FIFA pula tampil dengan rekod  jumlah gol Josef Bican bukan 759, tetapi 805 gol. Menurut FIFA, 779 gol Josef Bican dijaringkan bersama kelab dan 26 yang lain adalah dengan pasukan kebangsaan.

Hebatnya, Josef Bican mempunyai nisbah gol yang sangat tinggi. Josef Bican, yang pernah mencatatkan catatan 10.8 saat berlari dalam jarak 100 meter. Rekod yang sangat kompetitif untuk bersaing ke Olimpik jika beliau diberikan latihan yang tepat di trek.

Bican mempunyai nisbah gol 1.52 setiap perlawanan sepanjang kariernya. Rekod yang dicatatkan oleh Josef Bican mungkin tidak pernah sampai ke pengetahuan Pele selama ini. Kalau tak legenda Brazil itu sudah lama mengemaskini biodata IG beliau.

Pele membuat klaim tak masuk akal

Baru baru ini, sebaik sahaja Ronaldo memecahkan rekod Pele, legenda Brazil itu menukar biodata IG dengan menyatakan dia sudah menjaringkan 1,283 gol dan bukannya 757 gol seperti dicatatkan dalam FIFA.

Malangnya FIFA hanya mengambil rekod gol perlawanan kompetitif dan bukannya gol daripada aksi persahabatan dan perlawanan jelajah pra musim. FIFA sama sekali tidak menafikan jumlah gol 1,283 dituntut Pele. Tetapi mereka tidak boleh menjadikannya angka rasmi.

FIFA dalam kenyataannya berkata:

“Legenda Brazil Pele memasukkan sejumlah gol yang dijaringkan dalam pertandingan tidak rasmi. Sekiranya kita melakukan hal yang sama dengan Bican, jumlah golnya mencecah 1,468 gol. Satu perkara yang pasti, sukar untuk mengesahkan jumlah gol yang tepat, memandangkan mereka bermain di era yang sangat lama.”

Oleh itu, untuk menjadi penjaring terbanyak sepanjang masa, Cristano Ronaldo perlu mencatatkan lebih 806 gol sepanjang kariernya, untuk melepasi rekod Josef Bican. Dan tidak perlu kisah tentang rekod yang diklaim Pele.

Itu bermakna Cristiano Ronaldo memerlukan 48 gol tambahan lagi. Korang rasa abang Do mampu melakukannya?

Bican dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dalam sejarah dan beraksi dalam generasi emas Czechslovakia. Malang sekali ketika peak kariernya Bican tak pernah meng Piala Dunia bersama negaranya yang ketika itu digeruni.

Ini kerana perang dunia yang meletus pada ketika itu. Sejarawan Radovan Jelinek menyatakan, jika tidak, kemungkinan besar Bican sebaris dengan Pele untuk membantu negaranya memenangi beberapa siri Piala Dunia.

Radovan juga menjelaskan pemain seperti Bican hanya lahir sekali dalam seratus tahun untuk negara seperti Republik Czech / Austria.

Rakannya menyatakan, di dalam kariernya Bican menjadikan gol itu permainannya. Malah mereka mendakwa Bican menjaringkan lebih 5,000 gol dalam kariernya jika mengambil kira kesemua gol tak kompetitif termasuk aksi pershabatan dan perlawanan pertunjukan.

Namun Bican tidak pernah mengklaim gol itu sebagai gol rasmi cuma beliau pernah menyatakan: “Siapa yang akan percaya kalau saya kata saya menjaringkan gol 5 kali lebih banyak daripada Pele.”

Baca yang lain