FIFA Pilih 6 Negara Sebagai Tuan Rumah Bersama

Piala Dunia 2030 menyaksikan buat pertama kalinya ada 6 negara yang akan dipilih sebagai penganjur. Melibatkan 3 benua berbeza iaitu Eropah, Amerika Selatan dan Afrika.

Ianya hasil perbincangan FIFA dengan konfederasi UEFA dan Afrika yang sepatutnya memenangi hak penganjuran itu. FIFA mahu melibatkan 3 lagi negara latin dalam penganjuran kali ini.

Pilihan utama sebenarnya adalah gabungan Sepanyol, Portugal dan Maghribi. Namun FIFA mahu memastikan ulang tahun Piala Dunia yang ke-100 itu turut diadakan di negara ia berasal.

Jadi, 3 lagi negara selain Portugal (UEFA), Sepanyol (UEFA) dan Maghribi (Concacaf), – iaitu Argentina, Uruguay dan Paraguay,

FIFA memilih Uruguay kerana ianya penganjur Piala Dunia sulung dan juga juara sulung Piala Dunia pada 1930.

Sementara Paraguay dipilih selaku tempat lahirnya konfederasi bola sepak Amerika Selatan atau CONMEBOL yang bertanggungjawab menyelia Piala Dunia pertama itu.

Bagi 3 negara lagi, Sepanyol, Portugal serta Maghribi. FIFA dilaporkan ketika bermesyuarat memilih hos Piala Dunia, Maghribi dilanda gempa bumi teruk. FIFA berharap dengan pemberikan hak penganjuran ini akan menjadi pembakar semangat kepada negara itu terus bangkit.

Piala Dunia 2030 akan menjadi Piala Dunia pertama dengan 48 pasukan. Penganjurannya dianggap sangat radikal dan idea sangat tak masuk akal.

Misalnya, acara pembukaan akan diadakan di salah satu negara antara Portugal, Sepanyol atau Maghribi.

Perlawanan pertama, kedua dan ketiga akan diadakan masing masing di Uruguay, Argentina dan Paraguay.

Dilaporkan semua perlawanan pertama akan diadakan di Uruguay. Seterusnya aksi kedua diadakan di Argentina. Dan aksi ketiga akan diadakan di Paraguay.

Sementara itu 101 lagi baki perlawanan akan dibawa ke Sepanyol, Portugal dan Maghribi termasuk final.

Seperti biasa, kesemua negara penganjur layak secara automatik ke kejohanan itu.

Dalam pada itu FIFA turut mengumumkan bahawa mereka akan mengutamakan bidaan dari Asia dan Oceania untuk Piala Dunia 2034. Dengan Arab Saudi dilihat calon pilihan berdasarkan kuasa ekonomi dan juga kejayaan negara jiran mereka Qatar sebelum ini menjadi penganjur. Negara yang memiliki iklim sama.

Arab Saudi sebenarnya membida hak penganjuran bersama dengan Greece dan Mesir untuk Piala Dunia 2030 namun gagasan mereka gagal meyakinkan FIFA.

Baca yang lain