FIFA Rayu Semua Negara Bertanding Di Qatar 2022 Fokus Hal Bola Sepak Semata Mata

FIFA meminta 32 negara yang menyertai Piala Dunia 2022 Qatar supaya tidak terlibat dalam isu luar padang dan menjadi polis moral masyarakat di Qatar.

FIFA benar benar berharap kesemua negara yang bertanding akan fokus kepada Piala Dunia semata mata.

Perkara tersebut dinyatakan dalam surat rasmi daripada Presiden FIFA Gianni Infantino dan Setiausaha Agung FIFA Fatma Samoura yang dihantar ke setiap negara yang mengambil bahagian.

Di mana salinan penuh surat itu telah didedahkan oleh Sky News.

Isu kemanusiaan timbul sejak pelantikan Qatar sebagai tuan rumah. Pekerja migran yang diambil dari pelbagai negara Asia untuk membina infrastruktur di sana dilaporkan terlalu dieksploitasi dan bergaji rendah.

Di samping itu, ramai penyokong menyatakan kebimbangan mengenai peraturan negara tersebut yang menggelarkan hubungan pasangan sejenis yang hadir menonton di sana akan dikenakan tindakan kerana jenayah.

FIFA turut mengambil langkah, meminta pemain tidak menjadi ‘aktivis’ sebelum dan semasa kejohanan.

“Tolong, biarlah kita sekarang memberi tumpuan kepada bola sepak! Kita tahu bola sepak tidak hidup dalam persekitaran eksklusif, dan kita semua sedar tentang banyak cabaran dan kesukaran situasi politik di seluruh dunia,” tulis FIFA dalam kenyataan tersebut.

“Tetapi tolong jangan biarkan bola sepak terheret dalam setiap pertempuran politik atau ideologi yang wujud. Di FIFA, kami cuba menghormati semua pendapat dan kepercayaan, tanpa memberi pengajaran moral kepada seluruh dunia.”

“Salah satu kekuatan terbesar di dunia ialah kepelbagaian. Jika keterangkuman adalah segala-galanya, maka ia bermakna menghormati kepelbagaian itu.”

“Tiada masyarakat atau budaya tertentu yang lebih baik daripada yang lain.”

“Ini adalah prinsip paling asas untuk saling menghormati dan tanpa diskriminasi. Ini juga salah satu nilai penting dalam bola sepak. Jadi marilah kita semua mengingati perkara ini dan biarkan bola sepak menjadi topik utama,” jelas FIFA.

Infantino juga menekankan bahawa semua orang akan dialu-alukan di Qatar, tanpa mengira etnik, latar belakang, agama, jantina, orientasi seksual atau negara asal.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di