FIGC Akan Singkirkan Kelab Serie A Yang Sertai Liga Super Eropah

FIGC ataupun FAM cawangan Itali telah setuju untuk menyekat mana mana pasukan Serie A daripada menyertai Liga Super Eropah.

Ini akan menjadi tamparan hebat kepada Juventus terutamanya kerana mereka adalah kekal sebagai salah satu daripada 3 kelab yang masih berdiri di belakang penubungan ESL bersama sama dengan Real Madrid dan Barcelona.

Serie A sudah menyatakan pendirian mereka tidak menyokong ESL yang dianggap sebagai pembunuh kepada piramid bola sepak tempatan kerana fokusnya adalah untuk menarik pasukan besar dan menjana wang sebanyak yang mungkin daripada publisiti.

Baru baru ini mahkamah Eropah telah mengesahkan bahawa penubuhan ESL adalah sah dari segi perundangan dan dasar anti monopoli pertandingan yang dilakukan UEFA.

Oleh sebab itu larangan FIFA dan UEFA pada 2021 ke atas penubuhan ESL telah dibatalkan oleh mahkamah. Dan ESL sepatutnya boleh dianjurkan sebagai satu pertandingan yang lain selain pertandingan eropah lain seperti UCL, UEL dan UECL.

Florentino Perez sudah menyatakan bahawa mereka mahu menarik penyertaan sekitar 60 ke 80 pasukan untuk bersaing dalam ESL.

Namun begitu UEFA yakin banyak pasukan sedar bahawa ESL bukan pertandingan yang bagus. Lalu presiden UEFA, Aleksander Ceferin menyindir ESL dengan berkata: “Syabas di atas kejayaan anda di mahkamah. Dan selamat maju jaya dalam penganjuran pertandingan melibatkan 2 pasukan [Real dan Barca].”

Beberapa kelab besar termasuk Man United, Bayern dan PSG mengetuai senarai kelab yang sudah membantah secara rasmi ESL.

Di Itali ada beberapa kelab dikatakan berminat menyertai ESL kerana faktor ekonomi. Serie A antara liga yang tidak berpendapatan tinggi dari segi hak penyiaran berbanding liga utama eropah lain seperti EPL, La Liga atau Bundesliga.

Lalu Serie A meminta FIGC campur tangan dalam usaha menyekat kelab kelab ini daripada menyertai ESL.

Dipetik daripada sumber Fabrizio Ronano: “FIGC sudah mempersetujui klausa larangan kelab Itali dariapda akses ke Liga Suoer Eropah. FIGC tidak akan membenarkan mana mana kelab Itali menyertai sebarang pertandingan yang bukan di bawah UEFA, FIFA atau FIGC.”

“Jika ada mana mana kelab Itali yang menyertai Liga Super Eropah, maka mereka akan dilarang untuk bertanding dalam Serie A 2024/25.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan