Filippo Inzaghi Bawa Benevento Ke Serie A

Filippo Inzaghi berjaya membantu kelab Benevento layak ke Serie A musim hadapan dengan baki 7 perlawanan lagi

Bekas penyerang Cagliari iaitu Marco Sau masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Benevento menang tipis 1-0 ke atas Stabia. Keputusan yang membolehkan mereka memenangi kejuaraan Serie B pada musim ini.

Benevento mencatatkan 23 kemenangan daripada 31 perlawanan. dan pada kedudukan semasa mereka memberi kelebihan 24 mata daripada Crotone and Cittadella.

Musim ini juga, Benevento setakat ini hanya merekodkan satu sahaja kekalahan. Ia adalah prestasi yang sangat cemerlang.

Kali terakhir kelab dari Serie B memenangi promosi dengan baki tujuh perlawanan adalah pada musim 1977/78 iaitu Ascoli.

Benevento pernah mencatatkan sejarah layak ke Serie A buat pertama kali dalam sejarah kelab mereka pada tiga tahun yang lalu.

Namun mereka tersingkir semula hanya selepas satu musim. Ini kerana ketika itu mereka mencatatkan 14 kekalahan dalam 14 aksi pertama Serie A.

Bekas Jurulatih AC Milan dan Bologna, Filippo Inzaghi dilantik menjadi pengurus setahun yang lalu.

Beliau ternyata melakukan tugasnya dengan cemerlang apabila mengembalikan semula pasukan tersebut ke kancah saingan Serie A.

Dan beliau akan menyertai abangnya, Simone Inzaghi menjadi pengurus pasukan Serie A pada musim akan datang.

Benevento sudah melakukan persiapan untuk musim hadapan. Ini termasuk kehadiran bekas penyerang Chelsea Loic Remy ia dilaporkan berada di kelab mereka untuk pemeriksaan medikal pada Isnin.

Sebelum ini bekas rakan sepasukannya, Gennaro Gattuso pernah menyatakan bahawa Filippo Inzaghi memang memiliki ciri ciri pengurus yang baik.

Ini kerana ketika bergelar seorang pemain beliau seringkali membuat analisis tentang pertahanan yang bakal dihadapinya.

Syabas kepada Filippo Inzaghi dan Benevento.

https://twitter.com/IFTVofficial/status/1277721718669410304?s=19

Siapa akan lupa dengan poacher yang sinonim dengan AC Milan tersebut.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan