Finn Balor Anggap Roman Reigns Bakat Terhebat Dalam Satu Kehidupan

Bintang WWE, Finn Balor telah membuat kemunculan semula di acara SmackDown sebulan yang lalu, dan bekas Juara dunia NXT itu kini sedang mengintai peluang untuk bertarung dengan Roman Reigns.

Beliau dengan segera terus memburu sabuk kejuaraan Universal WWE dan mencabar Roman Reigns untuk mendapatkan kejuaraan tersebut.

Walaupun beliau tewas kepada Head of The Table di acara SmackDown minggu ini, Balor tetap mahu bertarung dengan Roman Reigns di PPV Extreme Rules nanti.

Beliau akan menukar karakter menjadi Demon King ketika pertemuan kedua bertemu Roman Reigns di acara Extreme Rules nanti.

Balor bercakap kepada Sports Illustrated menjelang pertemuan semula mereka, dengan bekas bintang New Japan Pro Wrestling itu memuji Juara Universal WWE itu.

Finn Balor menyatakan yang beliau selalu melihat kemampuan Juara Universal WWE itu, sejak dari pertemuan pertama mereka di acara Monday Night Raw pada tahun 2016 yang lalu.

“Seluruh dunia bercakap buruk tentang Roman baik kemampuan dia mahupun persembahan dia. Dari hari pertama kami bertemu, saya tahu dia sangat istimewa.”

“Dia beraksi di tahap yang berbeza dengan orang-orang tidak begitu faham tentang itu. Sekarang orang sedar yang dia merupakan bakat terhebat dalam satu kehidupan.”

“Roman sentiasa membuktikan kemampuan dia, dan ramai yang sekarang sudah mula mengakui tentang kemampuan dan bakat yang dia ada. Kehadiran dia saya boleh katakan tidak tergambarkan pada ketika ini.”

Bekas bintang NXT itu turut membincangkan tentang pengalaman beliau dalam industri pro wrestling, termasuk bagaimana beliau kekal menjadi bintang besar di Raw, NXT dan SmackDown.

“Saya hanya berketinggian 5’11 yang ada dalam industri besar ini. Sebelum saya bersama WWE, kamu tak akan percaya berapa kerap saya diberitahu, ‘kamu bukan orang yang mereka cari’.

“Saya sekarang membuktikan pada mereka yang mereka salah. Semuanya yang saya dengar orang bercakap tentang saya dulu adalah saya terlalu kecil.”

“Orang juga kata saya tak boleh lakukan promo, saya selalu dibelasah. Ya 21 tahun kemudian saya masih di sini. Saya masih penggusti utama. Saya masih ada dalam gambar perebutan kejuaraan. Dan saya masih banyak yang boleh dibuktikan.”

Tidak dinafikan kedua-dua Roman dan Finn Balor merupakan bakat terhebat yang WWE miliki pada ketika ini, dan mungkin syarikat milik Vince McMahon itu tidak akan melepaskan mereka.

Roman dan Balor juga tentunya bakal menghiburkan para peminat dengan aksi yang menakjubkan ketika kedua-dua mereka dipertemukan di acara Extreme Rules nanti.

Seperti yang Balor katakan, Roman sebelum ini sering dikecam kerana peminat merasakan beliau anak emas Vince, namun tidak dinafikan juga setiap perlawanan yang melibatkan The Head of The Table itu, ia tentunya menarik dan mencuri tumpuan peminat.

Jadi ia merupakan bukti nyata yang Roman mempunyai bakat untuk menjadikan sesebuah perlawanan itu semakin menarik untuk disaksikan dan beliau juga layak untuk menjadi main eventers.

Baca yang lain