Florentino Perez Tekad Rumitkan Situasi Varane, Mahu Balas Dendam Taktik Kotor Ed Woodward

Berita yang agak rare apabila Florentino Perez menuduh kelab lain cuba bermain kotor dengan Real Madrid. Tuduhan itu ditujukan kepada Manchester United yang dikaitkan dengan Raphael Varane.

Selepas mendapatkan Sancho, Man United kini cuba menguatkan barisan pertahanan mereka dengan mendapatkan Varane untuk digandingkan dengan Harry Maguire. Perkara itu diakui sendiri oleh pengarah bola sepak United, John Murtough.

Di mana menurut Murtough, United mencari pemain bagi membentuk gandingan jangka masa panjang. Dan Raphael Varane adalah calon utama mereka.

Varane memasuki tahun terakhir dalam kontraknya. Dan beliau sudah memberitahu Real Madrid behawa beliau tidak akan melanjutkan kontraknya, serta meminta Real Madrid mempertimbangkan tawaran daripada kelab lain.

United sudah memulakan langkah mendapatkan Varane walaupun belum membuat bidaan rasmi ke atas pemain itu. Namun laporan di Perancis menyatakan bahawa Varane sudah teruja dengan peluang untuk bermain di Old Trafford.

Perez berdendam dengan United kerana Ed Woodward

Media Sepanyol, Defensa Central melaporkan bahawa Florentino Perez sangat marah dan bengang dengan berita tersebut.

Perez bertekad akan memberikan United dan Varane kesulitan jika kedua dua pihak benar benar mahu bergabung. Ini termasuk meminta yuran perpindahan yang tidak masuk akal.

Tanda harga Varane diletakkan €50 juta oleh Madrid. Tetapi untuk United, Perez mahukan sekurang kurangnya €65 juta untuk pemain di tahun akhir kontraknya.

Beberapa tahun lalu, hubungan Real Madrid dan Manchester United dalam jendela perpindahan agak kuat walaupun Real Madrid pernah cuba bermain kotor dengan perpindahan Cristiano Ronaldo.

Namun penjualan Ronaldo ke Madrid berlaku juga selepas Sir Alex Ferguson memahami kehendak Ronaldo ke Bernabeu.

Selain daripada itu, Real Madrid pernah membeli mega bintang seperti Ruud van Nistelrooy dan David Beckham serta nama seperti Gabriel Heinze dari Man United.

Ed Woodward main gila dengan Real

Perez kemudian tidak berpuas hati dengan United yang menurut mereka pernah menghalang perpindahan Paul Pogba dan David De Gea ke Old Trafford. David De Gea dilaporkan gagal ke Real Madrid atas alasan mesin faks. Manakala Paul Pogba kecewa gagal ke Real selepas United gagal menyiapkan dokumentasi sebelum jendela perpindahan ditutup.

Real Madrid ketika itu sudah menyediakan harga dan pakej yang diminta United serta setuju dengan terma peribadi diminta Pogba. Namun tiba tiba Ed Woodward buat hal dan menyatakan bahawa mereka tidak dapat menyiapkan kertas kerja dalam tempoh diwajibkan. Real Madrid yang penuh harapan dengan perpindahan itu sangat kecewa.

Mereka tidak membida pemain lain kerana yakin Pogba akan datang. Sekali macam tu je kena scam dengan Ed.

Malah peminat turut menyunting gambar Ed Woodward menghadiahkan Perez mesin faks dalam satu sesi bertukar cenderamata antara mereka.

Mesin faks menjadi perkara yang menghalang De Gea ke Real Madrid pada 2015.

Perez merasakan Ed Woodward sengaja memberikan harapan palsu dan bermain main dengan prosedur perpindahan. Walaupun pemain dan kelab sudah dibenarkan bercakap.

Walaupun Ed Woodward sudah rasmi meninggalkan Man United, namun dendam Perez kepada United masih tak padam.

Pogba malah dengan terbuka menyatakan dia mahu ke Real Madrid. Dan menjadi punca kenapa Jose Mourinho kemudian memulaukannya. Mourinho yang mendengar Pogba sudah mahu ke Real, telah meminta Woodward untuk menjual pemain itu dan mencari pengganti.

Namun Woodward berkeras tidak mahu melepaskan Pogba dan kemudian tidak membenarkan Jose menjual Pogba. Lalu Mourinho melabel Pogba sebagai virus di dalam pasukannya.

Selain itu Perez juga dikatakan marah ketika Man United masuk ke dalam persaingan mendapatkan Haaland sebelum ini. Membuatkan ejen kepada pemain itu, Mino Raiola memasukkan klausa macam macam ke dalam kontrak.

Akibatnya kedua dua kelab melopong dan Haaland ke Dortmund. Klausa pelik itu yang mahukan Haaland diberikan klausa pelepasan €75 juta dalam tahun ketiga kontraknya untuk membolehkan pemain itu berpindah atas kawalan dia sendiri.

Oleh itu, Perez mahu membalas dendam kepada United dengan memberikan kesukaran kepada kelab itu dalam usaha mereka mendapatkan Varane. Walaupun ejen Varane sudah memberikan bayangan akan cuba membantu kliennya berpindah ke Old Trafford.

Bulan lalu, Perez mengesahkan mereka tidak menerima sebarang bidaan rasmi dari mana mana kelab termasuk Man United untuk Raphael Varane.

“Kami tak menerima sebarang bidaan rasmi untuk Raphael Varane. Dia sekarang berada di EURO. Jadi kita akan lihat nanti apa yang bakal berlaku. Jika dia mahu pergi pada musim panas ini, dia akan cakap sendiri kepada kami.”

Selain itu, Perez menuduh Man United sebenarnya sengaja membuatkan Varane menyusahkan mereka. Salah satu sebabnya, United mungkin sengaja menghanar isyarat bahawa mereka mahukan Varane namun tidak terdesak. Dan jika ini berlaku, ianya boleh membuatkan Varane memutuskan kekal di Madrid untuk semusim lagi dan kemudian pergi ke Old Trafford secara percuma.

Baca yang lain