Forestieri Balas Banter Sanusi Dengan Dedikasikan Piala FA Kepadanya

Pemain Johor Darul Ta’zim, Fernando Forestieri telah mendedikasikan kejuaraan piala kepala sahabatnya, Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor.

Ianya adalah banter santai daripada pemain import JDT kepada presiden Kedah FA itu yang sebelum ini turut melakukan banter kepada JDT.

JDT berjaya merangkul Piala FA 20222 selepas menewaskan pasukan Terengganu pada aksi final.

Dua gol Bergson dan satu lagi menerusi pemain kebangsaan Arif Aiman, hanya dapat dibalas dengan 1 gol oleh Terengganu menerusi Kipre. Membolehkan JDT menang 3-1 dalam aksi final yang dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sebelum perlawanan final, Sanusi dengan terbuka menyatakan sokongannya kepada Terengganu FC atas alasan isterinya merupakan orang Terengganu.

Sanusi dikenali dengan beberapa komen kontroversinya tentang JDT. Dan menambah bahawa selain rakyat Johor, seluruh rakyat Malaysia akan menyokong Terengganu pada aksi final kali ini.

Saya sokong Terengganu dan saya yakin seluruh rakyat Malaysia dari negeri lain juga menyokong Terengganu.

Sanusi berkata: “Saya sokong Terengganu kerana isteri saya orang Terengganu, buat masa ini saya belum kahwin dengan orang Johor lagi.”

“Semua rakyat Malaysia akan sokong Terengganu, kalau tak percaya, tunggu,” tegasnya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Kedah sempena Sukan Malaysia (SUKMA) baru baru ini.

Dalam majlis yang sama Sanusi menyarungkan jersi Terengganu di hadapan media untuk menyatakan sokongannya kepada Terengganu walaupun dia merupakan presiden Kedah FA.

Ia adalah antara perang saraf yang dilancarkan oleh Sanusi kepada JDT. Sama seperti yang pernah dilakukannya sebelum sebelum ini.

Dalam aksi final, ternyata JDT terlalu unggul. Selain daripada pengalaman mengendalikan tekanan di final, JDT juga serba serbi lebih baik dari segi kualiti individu dan berpasukan.

Walaupun tidak menjaringkan gol, Fernando Forestieri tetap memainkan peranan penting dalam perlawanan ini.

Dia mencipta peluang keemasan kepada Bergson dengan menyungkit bola melepasi perangkap ofsaid untuk membolehkan Bergson berada dalam situasi 1 lawan 1 dan dijatuhkan penjaga gol untuk mendapatkan penalti.

Lantas selepas tamat perlawanan pemain itu tidak melepaskan kesempatan untuk banter Menteri Besar Kedah itu dengan post di IG.

Baca yang lain