Freiburg Ajukan Bantahan, Mahu Kemenangan Bayern Dibatalkan Kerana Beraksi 12 Pemain

Pada hari Sabtu yang lalu, apabila Niklas Suele dan Marcel Sabitzer, yang kemudiannya menjaringkan gol, kedua-duanya masuk pada minit ke-86, hanya seorang pemain sahaja yang keluar.

Keadaan itu membuatkan Bayern Munich bermain dengan 12 orang di atas padang.

Freiburg yang kalah dalam aksi itu memutuskan untuk mengajukan bantahan rasmi dan meminta kemenangan Bayern Munich dibatalkan.

Bayern Munich ternyata benar benar mencetuskan kontroversi selepas mereka beraksi dengan 12 orang. Pendahulu saingan Bundesliga itu berjaya menewaskan Freiburg 4-1 di halaman lawan, dengan Leon Goretzka, Serge Gnabry, Kingsley Coman dan Marcel Sabitzer muncul sebagai penjaring gol.

Kontroversi

Walau bagaimanapun, kemenangan mereka itu sedikit terganggu dek insiden aneh yang mana Bayern Munich secara tak sengaja bermain dengan kelebihan seorang pemain untuk tempoh selama 10 saat.

Ya, lebih seorang pemain bermaksud dalam tempoh 10 detik itu Bayern bermain dengan 12 pemain bertemu pasukan tuan rumah yang memiliki 11 pemain.

Kingsley Coman sepatutnya dikeluarkan namun dek kerana berlaku kesalahan pada papan nombor yang mana papan tersebut memanggil nombor 29 ketika memanggil beliau keluar, sedangkan itu adalah nombor jersi lamanya, maka Coman tak tahu beliau harus keluar.

Pemain kebangsaan Perancis itu ketika ini memakai jersi bernombor 11 dan kerana melihat nombor yang dipanggil bukan nombornya, maka beliau sekadar meneruskan permainan seperti biasa.

Pegurus yang mengendalikan pertukaran pemain Bayern, Kathleen Kruger menjadi perhatian media kerana kesilapannya membuatkan perkara itu berlaku.

Christian Falk malah menyatakan bahawa Kruger pasti tak boleh tidur selepas kesilapan budak sekolah seperti itu.

Peminat bola sepak mempersoalkan insiden tersebut: “Bayern Munich bermain dengan 12 pemain, tapi pengadil ambil masa selama lima minit untuk buat keputusan dan tak ada hukuman yang dikenakan?”

“Jadi pembantu pengadil tak pastikan betul-betul ada pemain yang keluar waktu pemain simpanan masuk? Ini ke kualiti pengadilan Bundesliga?”

“Satu persoalan yang pembantu pengadil perlu jawab adalah macam mana dia lepaskan pemain simpanan masuk sedangkan tak ada pemain yang keluar.”

“Mengarut, memang mengarut, tak masuk akal pengadil boleh benarkan pemain simpanan masuk tapi pemain yang sepatutnya keluar tak keluar.”

“Walaupun kelebihan seorang pemain tu tak bagi apa-apa kesan kerana ia hanya berlaku dalam tempoh 10 saat, tapi itu menunjukkan pengurusan Bayern dan kualiti pengadil sangat teruk.”

Ada juga yang mempersoalkan, jika perkara itu berlaku pada Freiburg dan ketika itu Bayern pula yang kalah. Adakah Bundesliga berdiam diri? Mereka menuduh Bundesliga seringkali pilih kasih apabila melibatkan pertikaian antara Bayern dengan kelab kecil lain.

Menariknya, cukup hanya dengan perbincangan 5 minit atas padang, segalanya selesai!

Sabitzer ketika itu sudah memasuki padang namun Coman tidak keluar dan kerana itulah Bayern Munich memiliki 12 pemain yang berada di atas padang pada ketika itu.

Mujur saja pengadil perlawanan segera sedar dan terus memberhentikan permainan sebelum mengarahkan Coman untuk keluar.

Tidak dinafikan, pengadil sememangnya mengambil masa yang agak lama untuk memutuskan sesuatu kerana hal ini jelas sekali sangat jarang berlaku.

Tak ada sebarang tindakan yang dikenakan ke atas Bayern Munich atas insiden tersebut dengan Kingsley Coman sekadar keluar dari padang ketika pengadil sedang berbincang.

8 minit masa tambahan diberikan dan ia sebenarnya memberi ruang kepada Sabitzer, pemain yang masuk menggantikan Coman itu menjaringkan gol pada minit ke-96 permainan.

Pengurus pasukan, Julian Nagelsmann mengesahkan masalah yang berlaku ketika temu bual selepas tamat perlawanan, dan beliau menegaskan bahawa segala yang berlaku hanyalah salah faham.

Freiburg mahu kemenangan Bayern dibatalkan

Freiburg kemudian memutuskan untuk membantah kemenangan itu.

“Freiburg telah memutuskan, berikutan perbincangan intensif di peringkat berbeza dan pemeriksaan undang-undang, untuk membuat rayuan terhadap kesahihan perlawanan itu,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan.

Di bawah peraturan liga, pelanggaran peraturan pemain gantian seperti itu boleh menyaksikan keputusan diterbalikkan dengan Freiburg diberikan tiga mata.

Pengadil ketika itu memutuskan untuk meneruskan perlawanan kerana Bayern cuma beraksi dengan 12 pemain selama 17 saat.

Ada sesetengah pihak menyatakan bahawa insiden itu berlaku cuma 17 saat sahaja. Namun Freiburg dengan pendirian mereka bahawa, undang undang tidak menyatakan sama ada pasukan itu bermain berapa lama dengan 12 pemain untuk membolehkan mereka dihukum.

Apa yang pasti kemenangan sesebuah pasukan itu akan dibatalkan jika pasukan tersebut menurunkan pemain yang tak sah atau terlebih pemain.

Freiburg berkata: “Pada mulanya, kami mendapati diri kami berada dalam dilema bukan kerana kesalahan kami sendiri,” kata kenyataan itu.

“Freiburg tidak memainkan apa apa peranan dan tidak ada sebarang pengaruh ke atas peristiwa-peristiwa sekitar proses penggantian pemain [pasukan lawan kami Bayern Munich].”

“Walaupun begitu, peraturan perundangan dan prosedur DFB telah memaksa kami untuk mengambil peranan aktif dalam menyemak acara tersebut secara sah.”

“Kami tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam mengambil peranan aktif ini yang telah diberikan kepada kami di luar kehendak kami, dan berasa amat tidak selesa kerananya.”

Freiburg menambah bahawa salah satu sebab rayuan itu adalah untuk mewujudkan “kepastian undang-undang dalam kes yang setanding” pada masa akan datang. Ia boleh menjadi rujukan pada masa depan.

Jika ada pasukan lain melakukan kesalahan yang sama, adakah mereka akan terlepas juga? Jika Bundesliga memutuskan untuk tidak menghukum Bayern Munich.

Jika pasukan tersebut dihukum dibatalkan kemenangan, mereka pasti akan merujuk kembali kes yang ada pada sekarang ini.

“Mahkamah sukan Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) akan terlebih dahulu mendapatkan pendapat daripada pihak yang terlibat dalam prosedur itu,” kata DFB dalam satu kenyataan.

Bayern berada di landasan terbaik untuk memenangi kejuaraan liga ke-10 berturut-turut dengan kelebihan sembilan mata ke atas pasukan di tangga kedua Borussia Dortmund.

Freiburg berada di tempat kelima, tiga mata di belakang RB Leipzig, yang menduduki tempat terakhir Liga Juara-Juara.

Jadi adakah anda merasakan bahawa Bayern Munich berhak dibatalkan kemenangan mereka dan diberikan kepada Freiburg?

Baca yang lain