Frenkie De Jong Mulai Terbuka Hatinya Untuk United, Namun Harga Masih Menjadi Penghalang

Frenkie De Jong dilaporkan telah memberikan isyarat positif untuk menyertai Manchester United.

Frenkie de Jong dikatakan hampir menandatangani kontrak bersama Manchester United kerana bintang Barcelona itu dilaporkan telah ‘memberi lampu hijau’ untuk perjanjian dengan gergasi Liga Perdana itu.

United telah menjadi peminat jangka panjang pemain antarabangsa Belanda itu dan mengenal pasti dia sebagai sasaran utama untuk jendela perpindahan musim panas – yang dibuka pada 10 Jun.

Kehadiran Ten Hag membuka ruang kepada United untuk mendapatkan De Jong. Kerana kedua dua mereka pernah bergandingan di Ajax sebelum ini.

De Jong dilaporkan menunggu untuk melihat tawaran dibentangkan oleh Bayern Munich, Paris Saint-Germain dan Manchester City sebelum meneruskan langkah seterusnya untuk menilai kontrak dengan United.

Bagaimanapun, tanda harga Barcelona ‘sekurang-kurangnya €80 juta (£68 juta) mungkin akan menjadi halangan terakhir untuk United.

De Jong – yang menyertai Barcelona dari Ajax pada 2019 – telah banyak dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford berikutan berita pelantikan Ten Hag.

Barcelona menyatakan dengan jelas bahawa mereka terbuka untuk menjual De Jong pada harga yang sesuai pada musim panas ini tetapi pemain berusia 25 tahun itu tidak menunjukkan minat untuk berpindah ke Liga Perdana Inggeris.

Namun selepas pertemuan dengan Xavi, ianya telah mengubah keputusan De Jong. Xavi sebelum ini berterus terang menyatakan bahawa dia mahu menjual pemain itu dan BOD Barcelona sendiri tidak gembira dengan prestasi pemain tersebut.

Dari segi kewangan kelab, De Jong adalah harapan untuk Barcelona mendaftarkan pemain pemain baharu serta beberapa pemain ejen bebas di pasaran perpindahan.

Oleh sebab itu De Jong telah membuat pusingan U kerana dia merasakan bahawa kelab tersebut benar benar mahu melepaskannya.

De Jong tak pernah terfikir untuk meninggalkan Barcelona kerana dia menyokong kelab itu dari kecil dan menganggap Barca sebagai destinasi impiannya/

United dikatakan tidak sabar-sabar untuk mendapatkan De Jong kerana mereka sedang mencari untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Paul Pogba dan Nemanja Matic.

Walau bagaimanapun, mereka mempunyai keraguan tentang tanda harga yang diminta oleh Barcelona kepada pemain tengah berusia 25 tahun itu.

United tidak memiliki dana perpindahan yang besar pada kali ini kerana mengambil kira faktor tidak beraksi di UCL.

Mereka masih belum dapat menjual beberapa pemain mereka.

Sportsmail sebelum ini mendedahkan bahawa United cuba mendapatkan khidmatnya dengan harga sekitar £45 juta harga asas serta tambahan bonus yang tidak dinyatakan.

The Red Devils belum lagi memberikan ‘tawaran muktamad’ tetapi Barcelona enggan berganjak dengan harga yang diminta mereka dan hanya akan melihat pemain Belanda itu untuk ‘harga yang sesuai’.

Tawaran itu agak rendah berbanding ayng diminta Barca.

Tetapi buat masa ini, Barcelona hanya melihat Man United sebagai satu satunya destinasi yang boleh memujuk untuk De Jong angkat kaki. Kerana hubungannya dengan Ten Hag.

Baca yang lain