Gabriel Jesus: “Kami Gagal Juara Kerana Saliba Cedera”

Gabriel Jesus menjelaskan pandangannya tentang kegagalan Arsenal bergelar juara EPL musim lalu. Dipotong oleh Man City tang kona.

Arsenal menjadi pasukan paling lama beradad di puncak liga namun tidak berjaya menjuarainya. Di mana mereka gayat di puncak liga selama 248 hari.

Gabriel Jesus ada alasan tersendiri kenapa Arsenal tidak dapat mengekalkan momentum mereka.

Ianya kerana William Saliba mengalami kecederaan dan pemain yang menggantikan Saliba tidak dapat menggalas tugas seperti Saliba.

Jesus berkata: “Apabila Saliba bermain, kami bolos sedikit sahaja. Apabila dia tidak bermain, jumlah bolos kami meningkat.”

Gabriel menambah, ketika pemain seperti dia sendiri yang cedera ada pemain lain yang menggalas tugas dengan baik iaitu Eddie Nketiah dan kemudian Leandro Trossard.

Jadi Arsenal dapat mengekalkan momentum mereka ketika Gabriel Jesus cedera dan disisihkan untuk berbulan bulan lamanya.

“Ketika saya cedera, Eddie menggantikan saya dengan sebaiknya. Kemudian kami mendapatkan Leo Trossard. Kami mengekalkan momentum itu.”

Gabriel Jesus menegaskan bahawa, Saliba penting secara taktikal. Oleh itu, amat sukar untuk Arsenal bermain tanpa pemain itu walaupun pertahanan lain juga berkualiti di matanya.

Gabriel Jesus menutup hujahnya: “Pertahanan pertahanan lain juga bagus, namun kami ada cara tersendiri kami bermain. Lihatlah statistik bolos kami ketika Saliba bermain.”

Belajar daripada perkara itu, mungkin itulah sebabnya Arsenal dalam proses membeli Jurrien Timber yang sesuai dengan sistem ball playing.

Baca yang lain