Gaji Auto-naik Apabila Layak Ke UCL Sukarkan Lagi Man United Jual Maguire

Harry Maguire terus gagal dijual oleh Manchester United pada jendela perpindahan kali ini. Selain daripada tiada tawaran, pemain itu sendiri juga tidak berminat untuk berpindah.

Sebelum ini Man United menawarkan Maguire pakej £10 juta pampasan jika dia setuju menamatkan kontraknya atas persetujuan bersama.

Maguire tidak menerima tawaran itu. Tottenham yang awalnya dikaitkan dengan Maguire, kelihatan tidak mengambil langkah pro aktif setakat ini.

Dengan Maguire yang tidak mahu meninggalkan Man United, maka sudah tentunya dia tidak mahu menerima pengurangan gaji jika berpindah ke kelab lain.

United sukar mencari kelab yang sanggup membayar gaji Maguire yang agak tinggi.

Kemudian dia menerima kenaikan gajinya ketika kelab melayakkan diri ke UCL. Menyulitkan lagi keadaan itu.

Tahun lalu pemain pemain United menerima pengurangan gaji kerana gagal bermain di UCL.

Tetapi sebaik sahaja mereka menamatkan saingan di 4 teratas, automatik mereka mendapat gaji seperti sebelum ini, malah berlaku kenaikan tahunan pada gaji setiap pemain. Termasuk Maguire.

Maguire sebelum ini di bawah kontrak dengan gaji £189,000 seminggu di Old Trafford. Dan angka itu kini lebih tinggi sedikit.

Mungkin angka itu dianggap tidak terlalu tinggi untuk seorang bintang utama England dan kapten Man United. Masalah utama sekarang tiada kelab yang mahu membayar Maguire gaji sebesar itu buat masa ini.

Erik Ten Hag dilaporkan memiliki had perbelanjaan sekitar £120 juta kerana Glazer berterusan tidak melabur secara peribadi dan meletakkan angka hutang kelab tinggi. Walaupun kelab itu untung besar tahun lalu.

Isu penjualan kelab yang tidak selesai membuatkan dana perpindahan pemain juga dipengarugi perkara itu.

Salah satu cara Ten Hag mahu mendapatkan dana lebih adalah dengan menjual pemain yang sedia ada. Nama Maguire adalah dalam senarai.

Maguire sudah diberitahu bahawa dia tidak akan mendapat jaminan akan bermain lebih kerap musim hadapan.

Kini Man United berharap Maguire menerima pengurangan gaji di kelab lain untuk meraih lebih banyak minit di kelab lain bagi mengekalkan kedudukannya dalam skuad kebangsaan England.

Selain Maguire, Erik Ten Hag berusaha menjual Fred dan Scott McTominay serta Elanga.

Baca yang lain