Galtier Pertahankan Mbappe Tak Pass Neymar: “Oh! Dia Tak Nampak Masa Tu”

Pengurus PSG membidas kenyataan beberapa pihak yang cuba melaga lagakan Kylian Mbappe dan Neymar.

Sebelum ini kedua dua pemain tersebut hampir bertumbuk di bilik persalinan kerana berebut penalti.

Namun Galtier menyatakan bahawa isu itu sudah diselesaikan. Dan dia menjelaskan ada sedikit salah faham dalam tugasan penalti.

Kerana Neymar seharusnya tahu bahawa Mbappe adalah pelaksana penalti yang pertama selepas itu barulah Neymar dan pemain lain.

Sebelum ini tugasan penenendang penalti yang pertama adalah milik Neymar. Tetapi musim ini senarai itu diubah kepada Mbappe.

Seterusnya wartawan turut menanyakan satu detik di mana Mbappe tidak menghantar bola kepada Neymar yang terbuka ketika aksi menentang Juventus dalam UCL minggu lalu.

Ramai yang merasakan bahawa Mbappe kini terlalu tamak. Kerana sudah beberapa kali dia tidak menghantar bola kepada rakannya yang berada di kedudukan lebih baik.

Neymar kelihatan sangat kecewa apabila Mbappe tidak menghantar bola kepadanya.

Mbappe juga dianggap mementingkan gol peribadi berbanding dengan misi berpasukan untuk mencari gol ketiga.

Galtier mempertahankan Mbappe, di mana menurutnya, insiden itu tak disengajakan. Mbappe tidak menghantar bola kepada Neymar kerana dia tak perasan atau tak nampak di mana kedudukan Neymar.

Galtier mengesahkan bahawa dia sendiri sudah bertanyakan Mbappe tentang perkara tersebut.

Galtier berkata: “Kylian Mbappe tak pass bola kepada Neymar ketika menentang Juventus? Hubungan mereka sangat baik. Mereka selalu berkepit bersama. Ya, ada situasi yang berlaku, di mana saya sudah bercakap dengan Mbappe, dia kata dia tak nampak di mana Neymar.”

 

Baca yang lain