Gara Gara Boikot Perlawanan Dengan Jersi Pelangi, Idrissa Gueye Dituduh Biadap

Di Perancis, pemain PSG, Idrissa Gueye dilaporkan telah memboikot perlawanan pada Sabtu lalu menentang Montpellier.

Di mana pada hari perlawana tersebut, Ligue 1 mengadakan kempen menyokong kempen pelangi.

Oleh kerana tidak mahu bermain dengan jersi ada pelangi yang merupakan simbol sokongan kepada hubungan bebas tak kira jantina, maka Idrissa Gueye tidak mahu terlibat dalam perlawanan tersebut.

Namun Mauricio Pochettino enggan mengulas lebih lanjut tentang perkara itu. Cuma dia membayangkan bahawa pemain tengah beliau itu tidak cedera.

Netizen Perancis kecam Gueye

Ramai pihak mempersoalkan  tindakan Gueye itu dianggap tidak ada semangat meraikan kesamarataan serta tidak mengalu alukan penyokong dari kalangan geng pelangi untuk bersama sama datang menyaksikan bola sepak.

RMC melaporkan bahawa pemain tengah PSG itu, Idrissa Gueye yang tidak mahu terlibat langsung.

Gueye yang awalnya dilaporkan bersama sama dengan rombongan pasukannya ke Hérault. Tetapi dia tiba tiba tidak tersenarai dalam pasukan walaupun dalam senarai bangku simpanan sekali pun.

Pochettino memberitahu wartawan “Idrissa ada bersama kami dalam perjalanan ke Montpellier, tetapi atas sebab peribadi dia terpaksa dikeluarkan daripada kertas perlawanan [senarai pasukan].”

Pengurus PSG itu menambah: “Tetapi dia bukannya cedera,” jawab jurulatih Argentina itu. kepada akhbar. Tanpa melanjutkan lagi komennya.

Seterusnya, Idrrisa Gueye dan ejennya turut tidak mahu memberikan komen tentang perkara itu. Dia memutuskan hanya berdiam diri sahaja sehingga ke saat ini.

‘Rainbow flocking’ adalah inisiatif yang dilaksanakan oleh Liga Bola Sepak Profesional sejak 2019 ketika 17 Mei semakin hampir, yang dianggap sebagai Hari Sedunia Menentang  H * * *phobia.

Tahun lepas, Gueye turut terlepas sambutan hari tersebut di Reims. Dia ketika itu disahkan mengalami gastroenteritis. Walaupun ketika itu ramai mengesyaki dia sebenarnya cuba menipu alasan agar tidak terlibat.

Namun pihak PSG mempertahankan pemain itu dan menyatakan bahawa dia tidak ada kaitan dengan sebarang usaha memboikot kempen itu.

Netizen menghentam Idrissa Gueye

Berita itu membuatkan ruangan komen di Twitter Idrissa Gueye mulai dibanjiri dengan komen menghentamnya.

Ada juga yang menyokongnya. Dengan menyatakan bahawa dia berhak untuk tidak mahu terlibat dengan perkara yang bertentang dengan ajaran agamanya iaitu Islam.

Seterusnya ada yang memuji Gueye yang tegas dalam perkara yang berkaitan dengan larangan dalam agamanya.

Netizen di Perancis berbalah tentang perkara itu. Malah ada yang memperlekehkan sebutan nama Gueye itu sendiri.

PSG Cemerlang atasi Montepellier – Messi catat dua gol

Paris Saint-Germain berhaya mencipta kemenangan 4-0 ketika mereka bertandang ke markas Montpellier. Lionel Messi menjaringkan dua gol untuk Le Parisien.

Pasukan pelawat mendominasi dengan 15 percubaan (9 mengenai sasaran).

PSG segera menjaringkan gol apabila permainan baru berjalan selama enam minit. Messi menembusi gawang Montpellier dengan kaki kirinya selepas menerima hantaran Kylian Mbappe.

Messi kemudian menjaringkan satu lagi gol pada minit ke-20.

Enam minit kemudian, pemain antarabangsa Argentina, Angel Di Maria menjadikan kedudukan 3-0 memihak pelawat.

Paris St Germain mendapat penalti, pada awal separuh masa kedua. Mbappe dijatuhkan oleh Arnaud Souquet dalam kotak penalti.

Kylian Mbappe yang mara sebagai pelaksana untuk PSG, tiada masalah untuk menyempurnakan penalti tersebut. Mbappe berjaya menjalankan tugasnya dengan sempurna. Bola rembatannya menewaskan Bertaud yang gagal membaca percubaan tersebut.

PSG menambah satu lagi gol pada minit ke-64 menerusi Angel Di Maria. Namun begitu, penjaga garisan menaikkan bendera ofsaid.

Tiada gol tambahan dicipta sehingga separuh masa kedua selesai. Pertarungan berakhir untuk kemenangan 4-0 PSG ke atas Montpellier.

Baca yang lain