Garuda Indonesia Tarik Balik Arahan Pramugari Wajib Pakai Topeng Atas Alasan Tidak Masuk Akal

Indonesia pada ketika ini berada pada carta tertinggi kes Covid-19 di Asia Tenggara.

Amalan penjarakan sosial telah menjadi praktikal seharian di seluruh negara di Asean terutama sekali Indonesia.

Ini termasuk dalam industri penerbangan. Namun syarikat penerbangan mereka, Garuda Indonesia telah mengeluarkan arahan agar pramugari dan pramugara mereka tidak lagi memakai topeng muka / pelitup muka serta peralatan pelindung diri penuh (PPE).

Terutama sekali pada penerbangan jarak jauh. Alasan yang dikemukakan amat pelik sekali.

Ini kerana mereka menerima banyak aduan, rungutan daripada para penumpang. Para penumpang dikatakan tidak gembira kerana tidak dapat melihat ekspresi wajah para pramugari yang melayani mereka – sama ada mereka tersenyum ataupun sedang tarik muka

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Garuda, Irfan Setiaputra yang menyatakan beliau prihatin ke atas rungutan penumpang untuk memastikan mereka berada dalam penerbangan yang selesa dan seronok.

“Ramai penumpang Garuda mengeluh tidak suka dengan pramugari memakai topeng kerana penumpang tidak dapat melihat apakah pramugari itu sedang tersenyum atau cemberut,” kata Irfan.

“Kami mengerti, dapat melihat ekspresi wajah adalah nilai tambah yang besar ketika melakukan perbualan dengan orang lain.”

“Tetapi adakah itu penting ketika anda hanya berinteraksi dengan pramugari?”

Di bawah garis panduan semasa yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan Indonesia di platform media sosial mereka, semua staf penerbangan Garuda mesti memakai topeng muka, pelindung, dan sarung tangan ketika bertugas.

Ini untuk memastikan penurunan kemungkinan penyebaran COVID-19 antara kakitangan dan penumpang.

Syarikat penerbangan utama Indonesia yang lain juga telah menerapkan langkah-langkah keselamatan yang serupa untuk krew kapal terbang dan penumpang, seperti AirAsia Indonesia.

Tetapi pengkritik khawatir tentang potensi eksploitasi pramugari, dengan alasan Irfan yang tidak pernah menjadi penggemar kepada idea penggunaan PPE dalam penerbangan komersial.

Bulan lalu, dia secara terbuka menyatakan penghinaannya terhadap alat pelindung, menyamakan penggunaan dan penampilannya dengan angkasawan atau seperti petugas profesional perubatan.

“Semua PPE itu membuat pramugari kelihatan seperti angkasawan. Saya bertanya, apakah itu hospital atau kapal terbang? ”

Kini Irfan menyatakan hujahnya disokong dengan rungutan daripada penumpang.

“Penumpang Garuda yang mengadu tidak suka pramugari memakai PPE pastinya lelaki.”

Garuda Indonesia akan berhenti mewajibkan pramugari memakai peralatan perlindungan diri (PPE) kerana penumpang mengadu bahawa mereka tidak dapat melihat apakah mereka dilayan dengan senyuman atau mengerutkan dahi.

Adakah benar penumpang di Indonesia benar benar memikirkan perkara itu sebagai keutamaan sekarang ini? Pakai je la topeng yang ada senyuman tu.

 

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan