Gattuso: Satu Satunya Tempat Saya Dapat Jaga Messi Adalah Di PS4

Jurulatih Napoli, Gennaro Gattuso, memuji bintang Barcelona, ​​Lionel Messi, yang menurutnya sukar dijaga ketika berada di zon pertahanan lawan.

Malah Gattuso mengatakan bahawa Messi hanya dapat dihentikan dalam permainan yang dimainkan di PlayStation.

Setelah mengakhiri musim Serie A melalui kemenangan 3-1 ke atas Lazio, Napoli segera mengalihkan tumpuan mereka ke perlawanan menentang Barcelona di Liga Juara-Juara.

Napoli akan bertemu dengan Barcelona pada aksi kedua Liga Juara-Juara pada 16 terakhir. Pada perlawanan pertama, Napoli terikat dengan keputusan seri 1-1.

Menjelang perlawanan tersebut, di mana Napoli harus merantai pergerakan Lionel Messi, Gennaro Gattuso tidak teragak-agak untuk memuji bintang bola sepak Argentina itu.

“Saya hanya dapat menjaga Messi dalam mimpi saya, atau jika saya mengatur perlawanan Napoli menentang Barcelona di PlayStation untuk anak saya,” kata Gattuso dengan nada berseloroh seperti yang dilaporkan oleh Goal International.

“Itupun saya akan cuba mengejarnya dengan memilih diri saya yang bermain untuk AC Milan dengan berat 10-15 paun lebih rendah dari sekarang,” dia terus membayangkan menghentikan Lionel Messi di konsol permainan video tersebut.

Gattuso bagaimanapun sudah tak sabar untuk berdepan dengan Barcelona. Beliau gembira dengan keputusan yang dicatatkan ke atas Lazio yang menurutnya penting untuk persiapan berdepan dengan Barca.

Lazio antara pasukan yang beraksi cemerlang pada musim ini.

“Kami dah sedia nak berdepan Barcelona. Kami ada style kami sendiri dan kami dalam keadaan sangat bersedia. Namun mereka ada Lionel Messi yang boleh meninggalkan 10 pemain kamu di belakang.

“Saya fikir kedua-dua pasukan sangat berbeza. Lazio menggabungkan kemahiran teknikal dan fizikal. Barcelona adalah mengenai kualiti. Saya fikir ia akan menjadi permainan yang berbeza. Kami tidak perlu memikirkan skor,” kata Gattuso.

“Kami harus bermain sebagai satu pasukan, percaya kami dapat peluang. Kami tahu bahawa ia akan menjadi satu kerja yang penuh usaha. Fikiran kita harus bebas untuk menunjukkan kualiti kita,” katanya lagi.

Gattuso musim ini sudah membawa kejuaraan Coppa Italia untuk Napoli. Satu kejayaan luar biasa selepas Napoli bangkit daripada permulaan musim yang sangat sukar.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan