Gattuso Tinggalkan Fiorentina Selepas 22 Hari, Spurs Mahukan Beliau

Gennaro Gattuso dilaporkan gagal meneruskan kerjasama dengan Fiorentina. Dan kedua dua pihak mengumumkan bercerai hanya selepas 22 hari.

Gattuso malah belum memulakan sebarang tugasan di Fiorentina sejak dilantik sebaik sahaja meninggalkan Napoli.

Gattuso dilaporkan tidak setuju dengan strategi pengurusan tertinggi Fiorentina. Yang membawa kepada konflik.

“ACF Fiorentina dan Encik Rino Gattuso, dengan persetujuan bersama, telah memutuskan untuk tidak menindak meneruskan perjanjian sebelumnya – dan untuk tidak memulakan musim bola sepak bersama pada musim akan datang.”

“Kelab segera berusaha untuk mencari pilihan teknikal yang akan membimbing pasukan Viola menuju kejayaan yang selayaknya dimiliki Fiorentina dan Bandar Florence.”

Keadaan itu memang mengejutkan ramai pihak. Tottenham yang baru disahkan gagal mendapatkan Paulo Fonseca dilaporkan berminat mendapatkan Gattuso

Nampaknya Gattuso kini sudah ada banyak kelab diuruskannya walaupun masih muda dalam dunai pengurusan.

Beliau bertugas di Sion selama 3 bulan dan dipecat. Gattuso kemudian menyertai Palermo, juga dipecat selepas 3 bulan.

Ketika bersama dengan OFI Crete, Gattuso meletakkan jawatan dua kali. Seterusnya beliau menyertai Pisa dan meletak jawatan untuk menguruskan AC Milan.

Selepas semusim setengah, Gattuso meletak jawatan tanpa mengambil pampasan gaji sebagai rasa tanggungjawab seorang jiwa Rossoneri sebenar selepas gagal membawa Milan ke UCL.

Tidak lama selepas itu beliau menyertai Napoli. Dan dipecat hanya selepas 1 setengah musim.

Dan rekod terbaru, meletak jawatan hanya selepas 22 hari kerana tak sehaluan dengan pengurusan tertinggi.

Baca yang lain