Gazcoigne Yakin Dia Lagi Bagus Dari Foden Walaupun Tengah Mabuk Bermain Bola

Paul Gascoigne nampaknya telah bergurau kasar dengan Phil Foden. Pemain muda itu meniru gaya rambutnya dalam edisi Euro kali ini tanda membangkitkan semangat pasukan 1996 yang ikonik dengan lagu tema Football’s Coming Home.

Namun Gazza yang merupakan idola kepada ramai generasi muda England menegaskan bahawa dia sentiasa lebih bagus daripada mana mana pemain.

Ketika ditanya, apakah persamaan beliau dengan Foden, Gazza berkata: “Tiada siapa yang layak dibandingkan dengan saya.”

Gazcoigne kemudian menegaskan bahawa, beliau akan lebih baik dari Foden walaupun beraksi dalam keadaan mabuk sekalipun.

“Saya boleh menewaskan sesiapa sahaja dengan mata terpejam, ataupun sebotol wiski dalam badan serta beberapa botol Bacardi.”

Namun Gazza tetap percaya bahawa Foden akan cemerlang dalam kempen kali ini. Dan meminta pemain itu agar menjadi lebih tamak di hadapan gol.

“Phil Foden pemain yang bagus di mata saya. Dia akan menjadi bakat yang ‘panas’. Cuma dia kena lebih tamak sedikit, dia perlu melakukannya.”

Foden menjadi nadi penting pada awal aksi dalam kemenangan England ke atas Croatia dalam aksi pembukaan. Namun pada separuh masa kedua, beliau kelihatan semakin bergelut dan akhirnya dikeluarkan.

Gazza yakin bahawa 3 Lions kali ini berpeluang cerah untuk menjuarai Euro. Bercakap kepada David Seaman, Gazcoigne berkata: “Saya sangat pasti kita akan berpeluang kali ini, barisan serangan kita sangat luar biasa.”

“Tekanan itu ada selepas apa yang berlaku dalam Piala Dunia lalu. Kali ini dio Wembley, ianya terserah kepada mereka untuk mengendalikan tekanan itu.”

“Kita ada peluang yang bagus kerana ini akan menjadi lebih hampir daripada apa yang kita pernah capai sejak 1996.”

“Perancis sudah pasti ada peluang untuk juara. Namun England juga ada peluang, asalkan mereka dapat mengatasi tekanan yang mereka hadapi.”

Baca yang lain