GdM Klaim Manchester City Hampir Berjaya Hijack Declan Rice Daripada Sertai Arsenal

Gianluca Di Marzio melaporkan bahawa, Declan Rice semakin hampir memilih Manchester City berbanding Arsenal.

Semalam laporan David Ornstein menyebut, Man City sedia melalukan bidaan rasmi untuk Declan Rice dengan syarat pemain itu berminat menyertai mereka.

Gianluca Di Marzio pada hari ini mendedahkan bahawa pemain itu sedia untuk mempertimbangkan tawaran Manchester City.

Kelab berpangkalan di Etihad itu semakin yakin akan dapat menyailang rundingan dengan Declan Rice agar pemain itu tidak menyertai Arsenal.

Dilaporkan Arsenal sebelum ini mengemukakan tawaran kedua bernilai £90 juta dengan pecahan £75 juta + £15 juta bonus.

Namun ditolak West Ham kerana butiran pada bonus dianggap tidak realistik.

Seterusnya Man City sedia menawarkan pakej sama 75+15 seperti Arsenal. Namun untuk £75 juta bayaran tetap, Man City akan membayarnya dengan 2 kali ansuran.

Selepas tawaran kedua mereka ditolak, Arsenal sedang bersedia untuk tawaran ketiga. TalkSPORTS sebelum ini menyatakan peminat Arsenal tak perlu risau kerana Arsenal masih pendahulu persaingan mendapatkan Rice.

Kerana pemain itu benar benar berminat mahu menyertai projek Arteta. Di mana pengurus Arsenal itu menjadi orang penting dalam memujuk Rice datang ke Emirates.

Arsenal akan kehilangan Granit Xhaka dan sedia menjual Thomas Partey ke Arab Saudi. Bermakna ada kekosongan yang besar harus diisi di bahagian tengah.

Declan Rice menjadi keutamaan ARSENAL sejak awal jendela perpindahan dibuka. Namun kesepakatan harga sentiasa menjadi masalah.

Walaupun TalkSports yakin Arsenal masih berpeluang lebih baik mendapatkan Rice, tetapi laporan GdM hari ini membuatkan peminat Arsenal kembali resah.

Man City sudah mendapatkan Mateo Kovacic sebelum ini. Sedia memperkuatkan lagi bahagian tengah dengan mendapatkan Declan Rice. City baru kehilangan kapten treble mereka, Ilkay Gundogan yang pergi secara percuma. Dilaporkan sudah mencapai kesepakatan dengan Barcelona.

Man City sudah mengingatkan Rice bahawa mereka tidak menjanjikan pemain itu minit yang banyak seperti mana ditawarkan Arsenal kerana Guardiola sentiasa berpegang kepada sistem penggiliran pemain.

Namun Rice dikatakan tertarik dengan projek Man City yang akan bermula dengan usaha mempertahankan kejuaraan treble. Mereka juga akan beraksi di Perisai Komuniti, Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab.

Baca yang lain