Genius! Cikgu Ini Beritahu Murid Tadika Kepentingan Mencuci Tangan Dengan Serbuk Lada

Bukan mudah untuk memberitahu kanak-kanak tentang virus dan apa kepentingan mencuci tangan.

Namun seorang guru tadika di India melakukannya dengan cara luar biasa. Membuatkan budak budak faham dalam sekelip mata.

Virus ni bukan benda yang boleh nampak dengan mata kasar. Jadi ramai budak budak, malah orang dewasa pun sukar nak memahami kepentingan mencuci tangan.

Mencuci tangan adalah asas kebersihan diri. Dan ia juga boleh menjadi salah satu langkah paling penting untuk mencegah penularan pandemik seperti koronavirus.

Ketika ini, dunia sedang dilanda dengan koronaovirus. Ratusan ribu kes dilaporkan seluruh dunia. Dan lebih daripada 5,800 orang telah meninggal dunia kerana pandemik yang digelar Covid-19 itu.

Buat masa ini, semua orang dinasihatkan untuk tidak berkumpul di tempat awam, dan mengambil langkah langkah kerbersihan.

Penjelasan super genius

Berbalik kepada cerita seorang guru tadika di India ni tadi. Beliau telah menggunakan serbuk lada yang disembur atas air.

Beliau memberitahu anak muridnya bahawa itu adalah virus. Beliau kemudian merendam jarinya pada air yang ada serbuk lada itu tadi.

Cikgu tersebut memberitahu bahawa, virus akan terus kekal di situ, dan ada yang akan melekat pada tangan manusia.

Kemudian, cikgu itu merendamkan tangannya pada air sabun. Beliau seterusnya merendamkan semula jarinya ke dalam air dengan serbuk lada tadi.

Ajaibnya, serbuk lada itu menjauhi jarinya yang ada sabun. Para pelajarnya sangat kagum dan faham.

Cikgu tersebut memberitahu, itulah pentingnya mencuci tangan dengan sabun ataupun sanitizer. Ini untuk mencegah dan menjauhi kuman.

Dia berkata: “Anda semua tengok, betapa pentingnya mencuci tangan kamu dengan sabun.”

Saksikan video itu di sini:

Guru tersebut bernama Amanda Lorenzo. Beliau terkejut dan gembira kerana video yang beliau muat naik di Instagram mendapat perhatian dan sudah ditonton ratusan ribu kali.

Beliau menyatakan video itu diinspirasikannya daripada video di TikTok beberapa minggu lalu.

Beliau berkata kepada India Today: “Saya pengguna TikTok. Saya gunakannya untuk suka suka dan mencari idea untuk subjek seni. Pada hari ini memang ramai cikgu yang menggunakan TikTok.”

“Kira-kira seminggu lalu, saya mencari sesuatu berkaitan virus di TikTok. Saya kemudian terjumpa satu video yang super simple. Ia hanya menggunakan serbuk lada, air, dan sabun.”

“Di kelas saya dah ada sabun, dan of course ada air. Jadi saya cuma perlu beli serbuk lada. Keesokan harinya terus saya buat. Dan budak budak ni teruja.”

Buat masa ini, masih belum ada vaksin untuk koronavirus. Di mana para saintis dan pakar perubatan sedang berusaha.

Jadi, sementara itu, kita semua diminta untuk mengambil langkah pencegahan. Dengan adanya media sosial pada hari ini, kebaikannya adalah, kita boleh mendapat informasi dengan segera.

Misalnya menerusi facebook ataupun Twitter daripada kementerian kesihatan.

Koronavirus adalah virus yang bermula dari Wuhan, China. Dan ianya merebak dengan pantas ke seluruh dunia. Ini kerana mobiliti manusia pada hari ini yang sangat mudah.

Banyak sudah negara mengenakan sekatan ke atas pelancong masuk dari negara lain.

Negara seperti Itali sudah mengarahkan perintah berkurung kepada rakyatnya di beberapa kawasan.

Malaysia juga turut memiliki beberapa kes koronavirus. Diharap dunia akan berjaya keluar daripada wabak ini.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan