George Stinney: Dihukum Mati Pada Usia 14 Tahun Atas Jenayah Yang Tak Pernah Dilakukannya

George Stinney Jr. menjadi orang termuda yang dihukum mati di Amerika Syarikat pada abad ke-20. Remaja berkulit hitam tersebut berusia 14 tahun itu dijatuhkan hukuman mati kerana didakwa membunuh dua orang gadis kulit putih di sebuah bandar di selatan Carolina.

Pada bulan Mac 1944, Betty June Binnicker yang berusia 11 tahun dan Mary Emma Thames yang berusia 8 tahun dilaporkankan hilang. Ayah Stinney, yang merupakan sebahagian daripada pasukan pencari, menemui mayat kedua gadis itu beberapa jam kemudian di dalam parit. Kedua-duanya dijumpai dengan ada kesan pukulan di kepala.

Menurut maklumat yang beredar, Stinney dan adiknya, Amie Ruffner adalah orang terakhir yang melihat kedua-dua gadis itu ketika berada di ladang berhampiran bandar Alcolu.

Namun, atas sebab tertentu, polis mengalihkan perhatian kepada Stinney. Dia segera ditangkap tanpa bukti atau saksi lebih lanjut. Sebenarnya, dia diasingkan dari ibu bapanya dan penasihat undang-undang ketika disoal oleh pihak berkuasa.

Ada yang mengatakan Stinney kelihatan sangat ketakutan sehingga dia terpaksa mengatakan apa yang dikehendaki polis, walaupun tidak ada bukti yang menunjukkan kejahatan itu.

“(Polis) mencari seseorang untuk disalahkan, jadi mereka menggunakan abang saya sebagai kambing hitam,” kata Ruffner.

Setelah dua jam perbicaraan dan perbincangan selama 10 minit, Stinney didapati bersalah atas pembunuhan itu dan dijatuhkan hukuman mati dengan menggunakan kerusi elektrik.

Stinney ke kerusi elekrik

Mahkamah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap Stinney dalam masa tiga bulan sahaja. Stinney terus disumbat ke penjara dan menunggu hukuman mati.

Terdapat beberapa perdebatan mengenai keputusan ini, terutama mengenai Stinney terlalu muda untuk duduk di kerusi elektrik.

Selain daripada elektrod yang terlalu besar untuk kakinya, tali tidak sesuai dengan tubuhnya sehingga Stinney harus duduk di atas kitab injil agar sesuai dengan kursinya.

Namun, keraguan ini tidak diendahkan dan pada 16 Jun 1944, Stinney masih tetap dihukum mati. Dia menjadi orang termuda yang dihukum mati.

Kes ini menimbulkan kemarahan pembela hak sivil.

Stinney diinterogasi bersendirian di sebuah bilik kecil, tanpa ditemani oleh ibu bapa atau peguamnya.

Pada masa itu, polis mengatakan bahawa Stinney mengaku telah membunuh keduanya kerana Binnicker enggan melakukan hubungan seks dengannya.

Beberapa tahun kemudian, sejarawan George Frierson mula mengkaji kes ini. Dia juga bertemu dengan bekas rakan satu lokap dengan Stinney, Wilfor Hunter. Hunter mengatakan bahawa Stinney menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

“Saya tidak, tidak melakukannya,” kata Hunter, mengulangi apa yang dikatakan Stinney.

“Mengapa mereka membunuh saya untuk sesuatu yang tidak saya lakukan?”

Kes dibuka semula

Pada tahun 2009, Matt Burgess, seorang peguam merancang untuk membuat aduan bagi pihak keluarga Stinney.

“Kami merasakan sesuatu perlu dilakukan mengenai perkara itu,” katanya.

Keluarga Stinney akhirnya berani bersuara dan mengatakan bahawa pengakuan Stinney adalah dibuat dalam keadaan dia dipaksa.

Ruffer, yang bersamanya ketika kejadian, melihat bahawa gadis itu sedang menunggang basikal berhampiran landasan kereta api berhampiran rumahnya. Selama ini mereka berdiam kerana takut.

Akhirnya, pada 17 Disember 2014, setelah 70 tahun kematiannya, Stinney didapati tidak bersalah.

Ternyata, senjata yang digunakan untuk membunuh Mary dan Betty lebih berat daripada seluruh berat badan George. Tidak mungkin dia boleh mengangkat senjatanya.

George tidak ada kaitan dengan kes itu, kecuali polis memerlukan seseorang untuk disalahkan.

Kisahnya amat mengerikan, meruntun jiwa dan sangat menyedihkan.

Anda mungkin pernah menonton filem Tom Hanks, atau buku yang ditulis oleh Stephen King, The Green Mile. Dikeluarkan pada tahun 1999, watak “John Coffey” diilhamkan dari cerita George; ya sudah tentu jalan cerita berbeza dan diolah mengikut jalan cerita penulis.

Dalam kisah tersebut, “John” adalah seorang lelaki dewasa yang disabitkan dengan jenayah yang sama dengan kanak-kanak berusia empat belas tahun yang dihukum mati.

Goerge Coffey digambarkan seorang lelaki yang sangat baik hati, naif, suka menolong orang lain — walaupun dari luarannya dia seorang yang memiliki kemampuan untuk melakukan apa sahaja jenayah.

Sekarang korang dah tahu nama George Stinney Jr., dan apa yang berlaku kepadanya.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di