George Weah Dikecam Kerana Raikan Gol Anaknya Untuk USA, Bagaimana Timothy Boleh Wakili USA?

George Weah merupakan presiden negara Liberia. Dia juga merupakan bekas pemenang Ballon d’Or.

Kekal satu satunya pemenang Ballon d’Or dari Afrika sehingga kini.

Anak kepada George Weah iaitu Timothy Weah bermain untuk Amerika Syarikat. Dan dia menjaringkan gol pembukaan untuk AS dalam aksi berdepan dengan Wales.

Di mana ianya jaringan yang dianggap pasti akan membuatkan ayah dia berasa bangga.

George Weah tidak pernah beraksi dalam Piala Dunia. Timothy pula merasai berasksi di Piala Dunia bersama dengan AS dan menjaringkan gol untuk AS.

Sehari selepas itu, George Weah memuat naik gambar menunjukkan bahawa dia baru sahaja selesai makan malam bersama anaknya, Timothy Weah. Dia menyatakan bahawa dia seorang ayah yang bangga.

Di ruangan komen peminat bola sepak ternyata tidak begitu gemar dengan apa yang mereka lihat.

Menurut mereka, apa erti seorang presiden jika membenarkan anaknya mewakili negara lain.

Ada juga yang mempersoalkan semangat patrotisme anak seorang presiden untuk negara mereka.

Netizen turut menuduh George Weah sebagai lemah kerana tak mampu untuk memujuk anaknya bermain untuk negaranya.

Tidak kurang juga menyindir George Weah sebenarnya baru sahaja meraikan gol negara lain dalam Piala Dunia 2022.

Epi Ogidi berkata: “Kamu adalah Presiden negara Liberia. Dan kamu ada anak yang sangat berbakat, kemudian bermain dan memberikan kejayaan untuk USA? Bukan masalah saya sebenarnya, namun ini tidak masuk akal.”

“Apa peranan kamu sebagai rakyat no.1 negara kamu? Dan gambar ini, saya tak pasti apa agaknya orang Liberia akan kata.”

Bagaimana Timothy boleh menjadi warga AS?

Sebenarnya Timothy Weah berhak mendapat kerakyatan AS kerana dia lahir di negara tersebut.

George Weah berkahwin dengan wanita Jamaica, dan hasil perkongsian hidup mereka maka lahirlah Timothy Weah di New York.

Timothy boleh mewakili Liberia [negara asal ayahnya], atau Jamaica [negara asal ibunya] atau AS [negara tempat dia lahir].

Akhirnya Timothy memilih AS kerana menurutnya itu adalah rumahnya, tempa dia lahir.

Dalam catatan IG miliknya selepas menjaringkan gol pertama Piala Dunia, Weah menulis: “Sangat mahu 3 mata daripada perlawanan ini, namun kami menerima keputusan seri ini dan akan terus berusaha.”

“Gol ini saya tujukan kepada rakan rakan saya. Ini untuk USA. Ini untuk Liberia dan ini untuk Jamaica. Ini untuk keluarga saya.”

Bercakap tentang semangat ayahnya yang meresap dalam dirinya, Timothy berkata: “Dia berada dalam diri saya kerana dia tak pernah berpeluang bermain dalam Piala Dunia. Dia teruja dan gembira.”

Baca yang lain