Giardiola: ‘Dari Segi Ketajaman Haaland Setaraf Messi Dan Ronaldo Namun Messi Paling Lengkap’

Bos MANCHESTER CITY, Pep Guardiola berkata Erling Haaland berada pada standard Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dari aspek menjaringkan gol selepas menjaringkan dua gol sekembalinya daripada kecederaan ketika menang 4-1 di Southampton pada hari Sabtu.

Kemenangan membawa City kembali lima mata di belakang Arsenal di puncak Liga Perdana Inggeris.

Haaland kini telah menjaringkan 44 gol dalam musim sulungnya bersama juara Inggeris itu, termasuk 30 dalam 27 penampilan Liga Perdana.

Gol kedua pemain Norway itu adalah istimewa apabila penyerang gergasi itu secara akrobatik merembat masuk hantaran lintang Jack Grealish dengan sepakan gunting.

“Gol kedua adalah menakjubkan. Bukan mudah untuk mengambil bola di langit dan meletakkannya di atas rumput,” kata Guardiola, yang melatih Messi selama empat tahun sebagai jurulatih Barcelona.

“Kami perlukan dia. Separuh masa pertama bukanlah tahap terbaik kami tetapi dia mengubah permainan.”

“Sebagai penjaring terbanyak, kita telah melalui dua dekad yang luar biasa dengan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi tetapi dia berada pada tahap itu.”

“Dia menjaringkan banyak gol. Saya sangat gembira dengan 65 minit selepas kecederaan dan dia membantu kami sekali lagi.”

Walaupun menghamburkan kata kata pujian kepada Haaland, namun bagi Guardiola hanya Lionel Messi yang kekal sebagai pemain serba lengkap berbanding Haaland mahupun Ronaldo.

“Dia agak serupa kepada Cristiano tetapi Messi adalah pemain yang lebih lengkap. Messi boleh bermain di mana sahaja manakala Cristano dan Erling adalah mesin.”

“Erling tahu dua pemain itu mendominasi selama dua dekad bukan hanya satu atau dua musim, memenangi gelaran dan melakukan segala-galanya.

“Bola sepak adalah tempat yang lebih baik untuk Cristano dan Messi atas apa yang telah mereka lakukan untuk kita, daya tarikan dua pemain ini bersaing di kelab besar.”

“Erling tiba di liga paling sukar di dunia. Saya boleh bercakap begini kerana pernah berada di liga lain dan melakukan apa yang dia lakukan adalah luar biasa.”

“Erling berada di sini untuk jenis permainan ini, ia agak sukar tetapi dia mempunyai keupayaan daripada bantuan luar biasa daripada Kevin [De Bruyne] untuk memecahkan permainan.”

Baca yang lain