Giliran Disney Pula Singkir Johnny Depp Dari Pirates Of The Carribean

Pelakon Johnny Depp nampaknya bakal meninggalkan salah satu filem ikonik yang membuat namanya naik iaitu ‘Pirates of the Caribbean’.

Penulis skrip, Stuart Beattie seolah-olah mengesahkan ketiadaan pelakon yang memainkan Jack Sparrow untuk siri keenam filem fiksyen pengembaraan lanun ini.

Walaupun tidak dinyatakan secara rasmi, namun Beattie menunjukkan isyarat bahawa perkara itu akan berlaku.

Ianya selepas beliau diminta memberikan respons mengenai peranan Depp yang mungkin berakhir sebagai lanun gila gila yang ikonik filem yang ditulisnya sebelum ini.

Beattie sedar bahawa watak Jack Sparrow telah melekat dan sinonim hanya dengan Johnny Depp.

Malah Beattie yakin Johnny Depp sendiri sangat menyayangi watak itu berbanding dengan wataknya yang lain di dalam layar perak.

“Saya rasa dia mempunyai perjalanan yang hebat. Jelas, dia telah menjadikan watak itu dan menjadi watak yang menjadikannya paling terkenal sekarang,” katanya.

“Saya rasa Jack Sparrow akan menjadi legasinya. Itu (Jack Sparrow) adalah satu-satunya watak yang dimainkannya sebanyak lima kali.”

“Ini watak yang dia pakai ketika melawat kanak-kanak di hospital. Watak itu akan menjadi sesuatu yang selalu dia ingat.,” tambah beliau.

Ketika mengimbas kembali filem tersebut pada masa lalu, penulis skrip filem ‘G.I Joe’ ini tidak pernah menyangka bahawa filemnya akan menjadi hit di kalangan pencinta filem Disney.

Beliau malah menganggap tindakan mereka mengambil Depp sebagai satu langkah gila yang sangat berani.

“Sebelum Jack Sparrow, Depp dianggap sebagai pelakon bebas yang aneh yang membuat filem Tim Burton menjadi hebat.”

“Tetapi dia sama sekali bukan bintang filem biasa anda dan banyak orang menganggap kami gila kerana memilihnya sebagai pemegang watak itu,” ingat Beattie.

Beattie menganggap filem tersebut adalah satu keajaiban dan salah seorang nama penting dalam menjadikannya realiti adalah Depp.

“Hakikatnya, ianya adalah keajaiban. Kita semua tegang menonton rakaman setiap hari, tetapi apabila semuanya disatukan, semuanya lancar dan itu ajaib dan berhubung baik dengan penonton,” lanjutnya.

Namun belum ada pengesahan mengapa Depp disisihkan daripada peranan legenda selama 15 tahun. Express UK menyatakan Johnny Depp sudah mengadakan pertemuan tertutup dengan pihak Disney sebaik sahaja dia mengadakan perbincangan serupa dengan pihak penerbit Fantastic Beast.

Di mana selepas pertemuan itu, Johnny Depp mengumumkan beliau telah disingkirkan daripada Fantastic Beasts.

Ia telah mengundang pelbagai reaksi peminat selepas Depp mengakui kes mahkamahnya menjadi antara sebab kepada perkara itu.

Dan Depp mempertahankan dirinya dengan menyatakan dia difitnah melakukan keganasan ke atas Amber Heard.

Sumber yang sama menyatakan Disney juga mengambil langkah yang serupa ke atas Depp. Itu bermakna, Johnny Depp tidak akan terlibat lagi dalam watak Jack Sparrow.

Siri terakhir ‘Pirates of Caribbean’ yang berjudul ‘Dead Men Tell No Tales’ kurang berjaya di pasaran dan dianggap sebagai filem paling gagal daripada 5 sirinya.

Dalam perkembangan lain penulis skrip filem anti-adiwira ‘Deadpool’, Rhett Reese dan Paul Wernick akan mengambil alih dalam pengolahan jalan cerita filem ini.

Baca yang lain