Girona 4 Real Madrid 2: Bintang Pinjaman Ini Cetak 4 Gol Ke Atas Los Blancos

Penyerang kelab kerdil Girona iaitu Castellanos telah menunjukkan aksi terbaik di dalam kariernya ketika berdepan Real Madrid.

Di mana pemain itu telah mencetak kesemua 4 gol pasukannya ketika Girona menang 4-2 ke atas Real Madrid pada aksi Selasa.

Keputusan itu meletakkan juara bertahan LaLiga, Real Madrid di tempat kedua, 11 mata di belakang Barcelona dan 5 mata di atas Atletico Madrid yang menghuni tangga ketiga.

Manakala Girona di tempat kesembilan kini 11 mata di atas zon penyingkiran dengan baki tujuh perlawanan pada musim ini.

Laporan perlawanan

Walaupun Blancos yang melawat tanpa penjaga gol Thibaut Courtois, penyerang Karim Benzema, dan beberapa pemain lain kerana sakit dan kecederaan, jurulatih Carlo Ancelotti tetap menurunkan kesebelasan yang kuat di Girona.

Dan hanya hadangan tepat pada masanya oleh pemain pertahanan Juanpe Ramirez menghalang Rodrygo daripada meletakkan Real Madrid di hadapan dalam minit pertama perlawanan.

Dengan lebih 70 peratus penguasaan bola pada suku jam pertama, pasukan pelawartmengekalkan tekanan dan penjaga gol Girona Paulo Gazzaniga diuji oleh Nacho Fernandez dan Fede Valverde.

Tetapi pasukan tuan rumah mencetak gol pertama, apabila Castellanos membuka jaringan pada minit ke-12 dengan tandukan dari jarak dekat.

Pemain Argentina itu menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-24, melepasi Eder Militao sebelum menewaskan Andriy Lunin dengan percubaan rendah.

Tiga minit kemudian, Viktor Tsygankov merembat melepasi palang, ianya peluang untuk melebarkan kedudukan.

Vinicius Jr. Menjaringkan gol untuk Real Madrid pada minit ke-34, dibantu oleh assist oleh pemain yang sedang dalam prestasi terbaik Marco Asensio.

Tetapi, Castellanos memulihkan margin dua gol pada minit pertama separuh masa kedua ketika dia meraikan hatrik pertamanya di Eropah.

Ianya disambut dengan gegak gempita di dalam stadium. Peminat seolah olah tidak percaya dengan apa yang mereka sedang saksikan.

Tidak terhenti di situ, magis penyerang itu terus hadir. Pemanin yang datang ke Girona secara pinjaman dari New York City FC, melebarkan kelebihan kepada tiga gol pada minit ke-62 yang juga gol keempatnya.

Lucas Vazquez menjaringkan gol kedua untuk Blancos pada minit ke-85, enam minit selepas masuk sebagai pemain simpanan, tetapi Girona bertahan untuk kemenangan itu.

Kemenangan ini benar benar mengejutkan ramai pihak memandangkan Girona langsung tidak diberikan harapan untuk menang ke atas Real Madrid.

Sementara itu, Castellanos pastinya akan diingati dengan rekod luar biasa ini untuk sepanjang kariernya selepas ini.

Real Madrid kelihatan sudah semakin hampir menyerahkan tahta liga kepada musuh tradisi mereka Barcelona.

Ketika ini Real Madrid 11 mata di belakang Barcelona, yang masih ada 1 perlawanan dalam tangan berbanding Los Blancos.

Anak anak buah Xavi Hernandez dalam mood yang baik untuk menamatkan musim ini sebagai juara liga domestik selepas prestasi menghampakan di peringkat eropah.

Real Madrid masih ada UCL untuk mereka kejar. Pasukan yang memiliki 14 kejuaraan UCL itu dianggap pakar dalam pertandingan eropah tersebut.

Di mana mereka akan menentang Manchester City dalam aksi separuh akhir Liga Juara Juara Eropah 2022/23. Sebelum ini Real Madrid menewaskan Chelsea pada aksi separuh akhir.

Susunan Pemain

Girona XI (4-1-4-1): Gazzaniga; A Martinez, Bueno, Juanpe, Gutierrez; Romeu; Couto, Tsygankov, Martin, Riquelme; Castellanos

Real Madrid XI (4-3-3): Lunin; Carvajal, Militao, Rudiger, Nacho; Valverde, Kroos, Modric; Asensio, Vinicius, Rodrygo

HIGHLIGHT Girona 4 Real Madrid 2

Baca yang lain