Globe Soccer Awards: Ronaldo Jauh Tinggalkan Messi

Cristiano Ronaldo kini memimpin carta undian senarai pemain terbaik musim ini untuk Anugerah Globe Soccer 2020.

Di mana pada hari ini Ronaldo telah mendapat 39%  undian di Globe Soccer Awards.

Ronaldo mendahului tujuh pesaingnya untuk gelaran pemain terbaik di Globe Soccer Awards 2020.

Tujuh pesaing untuk Ronaldo ialah:

  • Lionel Messi
  • Ciro Immobile
  • Karim Benzema
  • Marquinhos
  • Robert Lewandowski
  • Sadio Mane
  • Serge Gnabry.

Pesaing utama Ronaldo dalam bertanding untuk Anugerah Globe Soccer 2020, iaitu Lionel Messi, memperoleh 22% undi setakat ini.

Sekiranya keadaan ini berterusan sehingga pengumuman diadakan, iaitu pada 27 Disember 2020, maka Ronaldo mungkin menjadi pemenang sekali lagi.

Ini kerana pada tahun 2019, Ronaldo adalah pemenang anugerah Globe Soccer Awards.

Secara keseluruhan Ronaldo telah berjaya meraih enam piala dari Globe Soccer Awards.

Kehadiran Globe Soccer Awards boleh menjadi pengganti kepada Ballon d’Or yang musim ini dibatalkan. Walaupun ianya masih kurang dikenali berbanding Ballon d’Or, ia kian dikenali di seluruh dunia.

Globe Soccer Awards sendiri merupakan penghargaan yang telah dimulakan sejak tahun 2010.

Penghargaan yang diberikan kepada pemain bola sepak ini bertujuan untuk mengiktiraf bukan sahaja pemain dan jurulatih terbaik, tetapi juga mereka yang bekerja di belakang tabir yang tidak pernah dikenali sebelumnya.

Musim lalu, Ronaldo memenangi gelaran pemain terbaik. Joao Felix juga memenangi trofi terpilih sebagai pemain muda terbaik. Bagi penjaga gol terbaik, penjaga gol Liverpool, Alisson Becker memenanginya.

Sebelum ini ramai berpendapat Robert Lewandowski paling berhak mendapat Ballon d’Or 2020. Jadi inilah peluang untuk menjulang nama Lewandowski.

Sekarang, siapa pemain yang akan memenangi anugerah pada malam Globe Soccer Awards?

Pemenang akan diumumkan pada 27 Disember nanti.

Korang boleh mengundi di pautan ini:

Undian Globe Soccer Awards

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali