Guardiola: Awas Real Madrid, Kami Kejar Kamu

Pep Guardiola menyatakan bahawa pasukannya akan berusaha untuk mengejar jumlah 14 kejuaraan UCL milik Real Madrid.

Man City buat julung kalinya menjulang Liga Juara Juara Eropah dalam sejarah penubuhan pasukan itu.

Dan Guardiola mengingatkan Real Madrid bahawa mereka kini ada 13 lagi UCL untuk menyamaai Real Madrid.

Real Madrid adalah pasukan paling berjaya dalam sejarah UCL dengan 14 kejuaraan secara keseluruhannya.

Guardiola berkata: “Awas Real Madrid, kami sedang mengejar kamu dan ‘on the way’. Kami cuma ada 13 UCL kurang daripada kamu.”

“Kamu tertidur sedikit sahaja, kami akan berjaya mengejar kamu.”

Manchester City memuktamadkan musim ini sebagai musim terbaik dalam sejarah kelab itu dengan kejuaraan treble.

Mereka selepas ini akan berpeluang memburu Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab.

Kali terakhir pasukan Inggeris melakukannya, adalah Man United pada 1998/99. Dan ketika itu Man United juga yang pertama melakukannya.

Wayne Rooney sebelum ini menyatakan, jika Man City menamatkan musim ini dengan treble, maka pasukan Pep Guardiola ini adalah lebih baik daripada skuad Man United 1998/99.

Namun hujah itu tak disenangi Beckham. Kerana menurutnya, walaupun City treble, ianya tak akan setaraf dengan treble Man United yang dicapai dengan ramai pemain tempatan dan juga homegrown daripada akademi kelab.

Guardiola sebelum ini pernah menjulang treble dengan Barcelona. Dan mengulanginya lagi di liga utama Eropah bersama Man City.

Ianya mengukuhkan kedudukan Guardiola sebagai pengurus yang kerap diperdebatkan sebagai GOAT.

Baca yang lain