Guardiola Dedahkan ‘Prowess’ Mahrez Dalam Taktikal: “Dia ‘Game Reader’ Sempurna”

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memuji penjaring 21 gol untuk City setakat ini, Riyad Mahrez. Pada masa yang sama, Guardiola turut mendedahkan kekuatan utama pemain antarabangsa Algeria itu.

Mahrez merupakan pemain yang beraksi sebagai penyerang sayap. Sangat lincah dan kreatif. Dan kini kualiti penyudah beliau juga menjadi semakin baik.

Menurut Guardiola, Riyad Mahrez merupakan pemain yang bijak membaca permainan dengan sempurna.

Pemain Algeria itu telah menjadi bahagian penting dalam perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris oleh City musim ini.

Dia menjaringkan lapan gol dalam 10 perlawanan liga terakhirnya. Terbaru, bekas pemain Leicester City itu menjaringkan dua gol ketika menentang Manchester United di dalam derbi Manchester.

Mahrez juga telah memberikan sumbangan besar kepada kempen Eropah dengan enam gol Liga Juara-Juara Eropah untuk City, yang kini telah mengesahkan tempat ke suku akhir.

Dalam semua pertandingan musim ini, dia telah mengumpul 21 gol. Menjadikan ini sebagai salah satu musim terbaiknya, kalau pun bukan yang terbaik.

Pemain berusia 31 tahun itu menyumbang 14, 13 dan 12 gol dalam tiga musim sebelumnya. Peningkatan produktiviti beliau, membuatkan jurulatih memujinya. Dengan jumlah itu, Mahrez sudah menjadi yang terbaik secara peribadi dari segi statistik.

“Dia seorang pemain yang luar biasa,” kata Guardiola pada sidang akhbar sebelum perlawanan liga Isnin dengan Crystal Palace.

“Dia adalah pemain yang banyak pasukan mahu memilikinya. Dia menjaringkan gol, penalti, bantuan gol dan segala-galanya dan sebahagian daripada itu adalah kualitinya.”

“Dia membaca permainan dengan sempurna apabila dia perlu menyerang atau memberikan hantaran lebih banyak.”

Pengurus Sepanyol itu menambah: “Saya banyak cuba menolaknya. Kami berjuang bersama kerana saya tahu kualiti yang dia ada dan dia adalah pemain yang saya kagumi kerana dia menangani tekanan dengan sangat baik.”

“Dia suka bermain di pentas terbesar dalam bola sepak. Sukar untuk mencari pemain sepertinta dan pemain pemain lain turut menyukainya. Bukan saya sahaja, seluruh kelab memandang tinggi terhadapnya dan kualitinya, tidak syak lagi mengenainya.”

Walaupun menjaringkan banyak gol pada 2021/22, Guardiola enggan menyebutnya musim terbaik dalam kariernya.

“Saya tidak akan mengatakan ia adalah musim terbaiknya atau tidak kerana dia bermain dalam Liga Perdana Inggeris untuk beberapa musim pada tahap tinggi. Musim lalu, sebagai contoh, dia cemerlang,” kata Guardiola.

“Suku terakhir musim ini sehingga akhir dia sangat penting dan bermain dengan sangat baik.”

Dalam pada itu Riyad Mahrez turut memberikan penghargaan kepada Pep Guardiola yang menurutnya telah banyak bekerja keras membantunya untuk terus meningkatkan lagi kualitinya.

Riyad Mahrez berkata: “Rasanya, saya telah membangun dengan banyak sekali sebagai pemain dan juga insan.”

“Saya sentiasa memikirkan bahawa saya perlu memahatkan nama saya dalam perlawanan. Pep banyak bekerja untuk membantu saya dalam melakukannya, untuk memperbaiki larian saya, lebih aktif terlibat dalam kotak penalti, dan berada di kedudukan kamu boleh menjaringkan gol.”

“Pep memberikan kami kebebasan di 30 meter terakhir, untuk melakukan apa sahaja kami mahu lakukan. Dia memberikan kamu informasi di mana dia merasakan ada ruang, namun selebihnya terserah kepada kamu.”

“Padang ini milik kami, dan dia tidak pernah melarang kamu untuk menggelecek ataupun melakukan apa sahaka. Saya telah mencapai lebih banyak dan membuktikan lebih banyak.”

Manchester City meneruskan pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris mereka musim ini. Di samping cuba menamatkan penantian piala Liga Juara Juara Eropah yang pertama dalam sejarah kelab mereka.

 

 

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan