Hafizh Syahrin Cemerlang Dalam Kelayakan, Bakal Bermula Di Barisan Kedua

Ada perkembangan ceria dan gembira dijelmakan oeh pelumba Moto2 Malaysia, Hafizh ‘El Pescao’ Syahrin.

Hafizh Syahrin akan memulakan perlumbaan di hari ahad dari petak ke-4 selepas menamatkan pusingan kelayakan dengan catatan cemerlang 2 minit 2.145 saat.

Perlumbaan MotoGP di Automotodrom Brno, Czech ini menjadi pencapaian paling cemerlang Hafizh Syahrin di pusingan kelayakan pada musim ini.

Di kala ada beberapa pelumba mengeluh dengan keadaan litar yang berlubang, Pescao ternyata tidak bermasalah untuk menamatkan persaingan di top 4.

Ini bermakna beliau akan bermula di barisan kedua dalam perlumbaan.

Pole position atau petak pertama telah diraih oleh pelumba Amerika Syarikat, Joe Roberts yang dengan catatan 2 minit 1.692 saat.

Dipetik daripada Harian Metro, Hafizh Syahrin mengakui set up motosikal beliau kali ini antara punca utama mengapa dia berjaya meraih petak keempat di sesi ujian masa Grand Prix (GP) Republik Czech.

Pelumba Openbank Aspar Team hanya ketinggalan 0.453s di belakang pemenang petak utama, Joe Roberts (Tennor American Racing), mengakui mereka berjaya mempertingkatkan prestasi jentera dengan sangat cemerlang seakan memperoleh motosikal baru.

Hafizh Syahrin berkata: “Alhamdulillah kami berjaya meraih P4, kami sudah menunjukkan peningkatan sejak hari pertama. Kami mengadakan sesi perbincangan yang agak lama semalam dan akhirnya berjaya mengubah jentera ini jadi lain dari yang lain.”

“Esok pada hari perlumbaan kami akan cuba yang terbaik dan kepantasan antara kami semua lebih kurang. Saya harap tidak melakukan kesilapan, fokus dan memberikan yang terbaik. Sasaran kami adalah meraih kedudukan lima terbaik tapi kalau dapat menaiki podium ia adalah bonus,” katanya.

Berikut adalah carta top 4 dalam kelayaka Moto2:

1. Joe Roberts – 2:01.692
2. Sam Lowes – 2:01.822
3. Enea Bastiani – 2:01.881
4. Hafizh Syahrin – 2:02.145

Semoga Hafizh Syahri dapat menduduki podium dalam perlumbaan sebenar.

Baca yang lain