Pada Hari Valentine Perempuan Ini Hadiahkan Suaminya Koleksi Gambar IG Yang Di Like

Seorang lelaki pada awalanya menganggap dia bakal menerima layanan romantik pada Hari Valentine.

Di mana kebiasaannya pasangan kekasih ataupun suami isteri – atau skandal (kepada yang berkenaan) – menerima jambangan bunga, coklat, ataupun beberapa hadiah sentimental lain.

Namun di AS seorang lelaki dikejutkan oleh isterinya dengan hadiah hasil daripada hobinya sendiri. Di mana wanita itu telah mencetak kesemua gambar wanita wanita yang suaminya ketik like di instagram.

Hasil ketikan like lelaki itu ternyata menunjukkan gambar gambar gadis seksi yang berdahi licin semua.

Video itu dimuat naik oleh Gloria dan mendapat lebih 14 juta tontonan pada video TikToknya.

“Oleh kerana semua orang berkongsi apa yang mereka perolehi yang lain untuk Hari Valentine, saya fikir saya akan berkongsi milik saya,” dia bercerita di dalam klip itu semasa dia menyiapkan hadiah khas itu.

@gr93la

What did you gets get your man for Valentine’s Day ?😁 #fyp #valentinesday #messytiktok #couplegoals #crazy #fypシ

♬ Bust Your Windows – Glee Cast

“Saya mahu beri suami saya kotak kecil yang comel ini dan mengisinya dengan gambar-gambar semua gadis yang disukainya di Instagram. Harap dia menyukainya!”

Dia menempelkan foto ke lidi kecil dan membuat satu pemeran mini untuk mengingati hobi suaminya.

Walaupun ramai yang menganggap itu jenaka, ada juga yang mengecam tindakan Gloria. Atas semangat braderhud, ramai lelaki tampil mengkritik Gloria.

Mereka mempersoalkan, adakah tidak boleh menekan butang like pada post seseorang dan terus dikira curang?

Seorang brader ni berkata: “Tiada masalah pun untuk melihat lihat menu pencuci mulut, tidak bermakna dia akan membelinya.”

Power tak? Namun bekicap juga dia kena dengan perempuan di ruangan reply.

Gloria kemudian menjelaskan bahawa, dia dan suaminya memang kuat bergurau dan mereka baik baik sahaja dengan gurauan seperti itu.

Dia kemudian menunjukkan reaksi suaminya ketika menerima hadiah itu.

@gr93la

I have a sense of humor with my man! I don’t know about y’all but I thought this was the perfect gift 🤣 He loved it 😘 #gorgeousgirls #fyp #joke

♬ original sound – Gloria

Fuhh, rasa macam abang tu selamat. Tapi tak tahulah di sebaliknya, masih tak sedap hati juga ni memikirkan nasib beliau.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan